ARKIB

KATEGORI

Buletin

Grab bantu penjaja medan selera dan peniaga barangan pasar menerusi inisiatif digitalisasi

Berita Tempatan

Views

Grab hari ini memperkenalkan ‘Food Courts by GrabFood’ dan memperluaskan ‘Pasar by GrabMart’ ke beberapa bandar lain, bagi membantu peniaga tradisional mengambil bahagian dalam ekonomi digital dan mengembangkan perniagaan mereka di samping menyediakan pelbagai pilihan yang berpatutan kepada rakyat Malaysia.

Usaha ini juga akan membantu Grab untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara dengan pelbagai makanan tempatan yang lebih berpatutan. Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh berkata, menerusi rangkaian penghantaran yang boleh dipercayai dan komuniti pengguna yang besar, mereka berharap dapat membantu banyak perniagaan kecil yang masih terkesan dan mengalami kerugian ketika ini.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Ciri ‘Mix & Match’ Grab dibangunkan oleh jurutera-jurutera teknologi supaya pengguna dapat membuat pesanan dari beberapa gerai dengan bayaran penghantaran sekali sahaja. Ia telah diperkenalkan ketika tempoh Kawalan Pergerakan dengan inisiatif seperti ‘Pasar by GrabMart’ dan juga ‘Grab e-Kitchen Bazar’ yang menyaksikan lebih daripada 66,000 pesanan yang dipenuhi oleh 133 vendor semasa bulan Ramadan.

Dalam usaha untuk membantu lebih banyak perniagaan tradisional di seluruh negara, Grab telah memperluas ciri ini dengan penjaja makanan di medan selera. Dengan ‘Food Courts’ by GrabFood, pelanggan kini boleh memesan daripada beberapa vendor yang berbeza di satu medan selera dan membayar hanya sekali bayaran penghantaran.

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

Kini, ia terdapat di medan selera di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, Melaka dan Ipoh. Pada bulan pertama ‘Pasar’ dilancarkan di Pasar TTDI, vendor yang menyertainya mendapat kenaikan purata dalam pesanan harian sebanyak 20 peratus.

Oleh itu, Grab memperluas perkhidmatan ‘Pasar’, berikutan kejayaannya di Lembah Klang dan Chowrasta (Pulau Pinang) ke Kota Kinabalu bermula dengan Pemborong Sayur 333. Di samping itu, pengguna Pulau Pinang kini dapat mencari beberapa pasar lain di GrabMart, iaitu, Pasar Batu Lanchang dan Pasar Bayan Baru, dengan Pasar Seberang Jaya dan Pasar Bagan Ajam akan tersedia di GrabMart pada awal Oktober ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply