ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto Nissan 400Z versi produksi bocor!

Foto Tiris

Views

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Brandon (@laidoutdc4)

Nama Nissan 400Z ‘sohor kini’ di portal permotoran seantero dunia setelah beberapa foto dan video versi produksinya ‘bocor’ di Instagram. Apa yang pasti, ia tidak banyak berbeza dengan model konsep Z Proto yang menampilkan gaya rekaan inspirasi retro di bahagian depan dengan salur udara berbentuk segi empat.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Pengaruh rekaan Z Proto berkesinambungan ke bahagian sisi dengan garis tubuh yang anggun dan sporty. Cuma sedikit perbezaan kelihatan pada bahagian pemegang pintu dan pemantul cahaya berwarna merah yang berada penjuru atas tayar dan bampar belakang.

Gaya reka bentuk model konsep Z Proto turut meresap ke bahagian belakang dengan rekaan bampar dengan kemasan dwitona dan corong ekzos berkembar. Lampu belakangnya juga diinspirasikan dari gaya retro dan turut kelihatan spoiler pada but yang sebelum ini tiada pada model konsepnya.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Rekaan kabin Nissan 400Z turut diperlihatkan dan kita boleh melihat penggunaan kelompok instrumen digital dan sistem infohiburan yang moden. Selain itu, tiga meter tambahan turut kelihatan pada bahagian atas konsol tengah papan pemuka serta tuil gear automatik.

Nissan 400Z bakal membuat kemunculan rasmi pada penghujung tahun ini dan ia dijana oleh enjin turbo-berkembar 3.0-liter V6 yang dipinjam dari Infiniti Q60 Red Sport 400. Enjin ini mampu menghasilkan 400 kuasa kuda dan 474 Nm daya kilas serta dipadankan dengan transmisi tujuh-kelajuan automatik, dan ada kemungkinan transmisi enam-kelajuan manual akan turut ditawarkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply