ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ubah suai haram – Polis kenal pasti pengusaha kedai aksesori dan bengkel

Berita Tempatan

Views

Pengusaha kedai aksesori dan bengkel kenderaan juga tidak akan terlepas dan mereka akan turut dipanggil oleh pihak polis dalam usaha mencegah pengubahsuaian kenderaan yang melanggar undang-undang. Sebelum ini polis turut memberi amaran kepada mana-mana individu termasuk artis atau selebriti yang mempromosikan kegiatan ini.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dengan wujudnya kedai aksesori dan bengkel yang menawarkan barangan dan perkhidmatan itu menyebabkan pengguna lebih cenderung melakukan kesalahan.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Menurutnya, perkara itu kini sedang diteliti dan bengkel terlibat telah dikenal pasti. Tambahnya, antara kesalahan yang sering dikesan seperti penjualan pelbagai jenis ekzos motosikal dan kereta serta nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

Selain itu ada juga bengkel yang menawarkan pemasangan alat ganti yang tidak sepatutnya, sebagai contoh pemasangan ekzos motosikal yang tidak mengikut spesifikasi yang menjadi punca pencemaran bunyi. Pertemuan bersama pemilik kedai aksesori dan bengkel itu bertujuan untuk menasihati mereka agar tidak menawarkan perkhidmatan yang boleh menyebabkan pemilik kenderaan melanggar undang-undang.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Belau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Op Bersepadu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur awal pagi tadi. Mazlan berkata, beliau akan meminta setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kuala Lumpur mengenal pasti premis berkenaan di kawasan masing-masing.

Ujarnya, jika pengusaha premis ini terus mengulangi kesalahan itu barulah tindakan berkaitan akan dikenakan. Mengulas mengenai Op Bersepadu itu, Mazlan berkata, ia membabitkan 84 pegawai dan anggota yang terdiri daripada polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Operasi yang bermula jam 8 malam hingga 12.30 tengah malam itu dijalankan di empat lokasi iaitu Jalan Raja Laut, Jalan Semarang, Jalan TAR dan Jalan Bangsar. Sebanyak 730 kenderaan diperiksa dan 507 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi, ubah suai nombor pendaftaran dan kenderaan serta kesalahan lain. 32 kenderaan turut disita termasuklah 27 motosikal dan lima kereta.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply