ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sah! Toyota Vios baharu bakal dilancarkan 20 Mac ini jam 8.00 malam

Berita Tempatan

Views

Teka-teki bilakah pelancaran Toyota Vios baharu akhirnya terjawab. Akaun Facebook rasmi Toyota Malaysia telah mengesahkan yang ia bakal dilancarkan pada 20 Mac 2023 (Isnin minggu hadapan), jam 8.00 malam.

Majlis pelancaran itu juga akan disiarkan secara langsung secara dalam talian. Tempahan Vios baharu telah pun dibuka sejak 24 Februari lalu.

Berikut adalah senarai varian dan harga anggarannya (harga atas jalan tanpa insurans):

  • Toyota Vios 1.5E – RM 90,000
  • Toyota Vios 1.5G – RM 96,000

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Lima pilihan warna akan ditawarkan, antaranya Platinum White PearlSilver MetallicAttitude BlackNebula Blue Metallic dan satu warna baharu iaitu Spicy Scarlet. Namun, anda perlu menambah duit sebanyak RM400 untuk warna Platinum White Pearl.

Vios generasi keempat ini yang dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan ia menampilkan gaya reka bentuk ‘fastback‘, garis lekuk badan yang lebih tajam dan penggunaan lampu depan serta belakang jenis LED.

Di bahagian kabin ia menampilkan papan pemuka kemasan dwitona, paparan meter digital 7-inci, kawalan pendingin hawa digital, corong pendingin hawa di belakang dan unit inforia gaya terapung 9-inci yang menyokong ketersambungan nirwayar Apple CarPlay dand Android Auto.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan paddle shifter dan brek parkir elektronik dengan fungsi Autohold. Antara ciri lain model ini adalah rim aloi bersaiz 17-inci dan tiga mod pemanduan iaitu Power, Eco dan Normal.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Vios baharu dikuasakan oleh enjin 2NR-VE 1.5 liter DOHC Dual VVT-i yang menjana 105 kuasa kuda dan daya kilas maksima 138 Nm.

Enjin kenderaan cekap tenaga (EEV) ini dipadankan pula dengan transmisi automatik CVT 7-kelajuan dengan Sequential Shiftmatic bagi memberikan pecutan lebih pantas dan kecekapan bahan api yang dipertingkatkan. Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi:

  • Pencegahan Keluar Lorong
  • Amaran Keluar Lorong
  • Amaran Kenderaan Di hadapan
  • Sistem Pra-perlanggaran
  • Kawalan Kekal Lorong
  • Kawalan Jelajah Adaptif
  • Pancaran Lampu Tinggi Auto

UMWT turut menawarkan jaminan selama 5-tahun dengan perbatuan tanpa had. Pelanggan juga boleh menikmati bantuan tepi 24SEVEN Road Assist dan tiga tahun langganan percuma untuk Toyota Vehicle Telematics System.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Toyota Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply