Menerusi satu hantaran ringkas di akaun Facebooknya, Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknikal syarikat Independence-X Aerospace, Izmin Yamir mengumumkan yang pihaknya telah berjaya menghasilkan Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV) Sel Bahan Api Hidrogen Ketahanan Ultra Tinggi yang diberi nama, ReGiD Mk-X3.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
UAV buatan Malaysia ini mempunyai keupayaan untuk ‘berlepas dan mendarat secara menegak (VTOL)‘. Ia bakal menjelajah ruang udara Eropah Barat dan akan menerima tanda Conformité Européene (CE), serta kelulusan dari Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) tidak lama lagi.
ReGiD Mk-X3 mempunyai dua versi, iaitu Versi 1 yang mampu terbang melebihi 7 jam yang mula menerima pesanan daripada para pelanggan mereka.
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
Versi 2 pula mampu terbang melebihi 15 jam dan dijangka memasuki pasaran mulai tahun hadapan. Menurut Izmir, sistem ini didatangkan dengan Stesen Pengisian Hidrogen yang dihasilkan oleh mereka sendiri.
Pada masa akan datang, lebih banyak Produk Berasaskan Sel Bahan Api Hidrogen akan dikeluarkan oeh pihaknya untuk pasaran eksport. Selain itu, pihaknya juga membuka tempahan untuk para pelanggan di pasaran tempatan.
Sebelum ini, Independence-X Aerospace telah menghasilkan satelit terkecil di dunia, iaitu GerhanaSAT dan dron teknologi nano sel bahan api hidrogen yang dikenali sebagai, ReGiD Mk3 (Report Generating Drone).
KLIK UNTUK BESARKAN
Model skala ReGiD Mk-X3. Foto kredit Izmirov Yaminovich
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
KOMEN TERKINI