ARKIB

KATEGORI

Buletin

Seksyen 11 WCE dibuka 12.01 tengah malam ini, tol percuma selama 2 bulan

Berita Tempatan

Views

Seksyen 11 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) iaitu Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas dibuka kepada umum bermula pukul 12.01 tengah malam ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sempena pembukaan Seksyen 11 WCE berkenaan, pengguna lebuh raya di seksyen tersebut iaitu Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan, Persimpangan Trong dan Persimpangan Beruas di kedua-dua arah tidak akan dikenakan tol bermula esok sehingga 11 Mei hadapan.

Beliau berkata, WCE merupakan lebuh raya antara bandar yang menghubungkan Changkat Jering di Perak ke Banting, Selangor sepanjang 314.5 kilometer (km) dengan melalui beberapa destinasi utama di Perak dan Selangor.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Antaranya, menurut beliau, ialah Beruas, Seri Manjung, Sitiawan, Teluk Intan, Bagan Datuk, Hutan Melintang di Perak dan Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Klang, Shah Alam dan Banting di Selangor.

Seksyen 11 WCE yang dibuka ini melibatkan jajaran sepanjang 35.5km yang menghubungkan pengguna secara terus dari Lebuh Raya Utara Selatan di Changkat Jering ke Beruas, Perak.

“Seksyen ini dibuka secara rasmi kepada pengguna lebuh raya bermula dari jam 12.01 tengah malam pada 12 Mac 2024,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Seksyen 11 WCE di Changkat Jering di Taiping hari ini.

 

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mengulas lanjut, beliau berkata, pembukaan WCE Seksyen 11 itu dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Changkat Jering ke Beruas yang akan mengambil masa 20 minit sahaja berbanding 55 minit sebelum ini melalui laluan sedia ada.

Katanya, pengurangan masa perjalanan itu pastinya memberikan penjimatan kos bahan api bagi pengguna yang menuju ke selatan Perak sehingga ke Selangor.

Bahkan, menurut beliau, ia juga merupakan alternatif kepada Lebuh Raya Utara Selatan dan mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak, musim perayaan dan cuti persekolahan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Careta.my

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply