ARKIB

KATEGORI

Buletin

myTukar kini dikenali sebagai Carro, pempengaruh media sosial Phei Yong dilantik sebagai duta jenama

Berita Tempatan

Views

myTukar Powered by Carro telah dijenamakan semula kepada Carro sebagai langkah untuk membawa lebih banyak teknologi canggih, produk dan perkhidmatan Carro buat pelanggan di Malaysia.

Langkah penjenamaan semula ini menyaksikan ‘Carro’ diimplementasikan dalam rangkaian produk dan perkhidmatan myTukar, bahan pemasaran serta papan tanda fizikal di seluruh Malaysia dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carro Aaron Tan, pihaknya mencapai keuntungan sebagai sebuah kumpulan syarikat dan bersedia untuk Tawaran Awam Permulaan (IPO) untuk menyenaraikan syarikat sebaik sahaja berpeluang untuk melakukannya.

Carro merupakan platform kereta terpakai dalam talian terbesar dan paling menguntungkan di Asia Tenggara dan kini beroperasi di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun dan Taiwan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Syarikat pemula niaga Singapura ini berada di landasan yang tepat untuk mencapai EBITDA TK2024 terbaik setakat ini iaitu sebanyak hampir AS$40 juta, lebih 10 kali ganda daripada apa yang dicapai untuk keseluruhan TK2023.

Sejak penubuhan myTukar pada 2017 di lot kedai Glenmarie pada tahun yang sama, syarikat ini telah mencatatkan pencapaian yang mengagumkan, termasuk pelaburan AS$30 juta daripada Carro untuk merevolusikan dan mendigitalkan industri kereta terpakai yang berpotensi tinggi di Malaysia.

Ia telah berkembang menjadi ekosistem kereta terpakai dalam talian yang pertama dan terbesar di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan jual beli, insurans, pembiayaan dan selepas jualan, serta telah berkembang menerusi penubuhan 11 pusat jualan, 27 pusat pemeriksaan, lima bengkel dan dua pusat baik pulih.

Segmen jualan myTukar merekodkan prestasi terbaiknya pada Januari 2024, dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 55 peratus dan turut mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 40 peratus pada suku lepas.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pengasas myTukar dan Ketua Pegawai Eksekutif Pasaran Antarabangsa Carro, Fong Hon Sum berkata, beliau sangat teruja untuk terus meneroka potensi dalam pasaran ini dan menawarkan perkhidmatan yang tiada tandingan kepada para pemandu di Malaysia serta seisi keluarga mereka.

myTukar sebelum ini memulakan fasa pertama penjenamaan semula pada Jun 2022 dan menukar penampilan korporatnya, dengan beralih daripada skema warna biru kehijauan dan kelabu kepada warna utama Carro iaitu jingga untuk papan tanda dan bahan pemasaran. .

Ketua Pegawai Eksekutif Carro Malaysia Derrick Eng berkata, sebagai sebahagian daripada jenama global, fokus utama kami adalah untuk memacu pertumbuhan yang mampan untuk Kumpulan sambil terus menyediakan kereta terpakai berkualiti Sebaik Yang Baru kepada rakyat Malaysia.

Turut meraikan kejayaan ini adalah duta pertama Carro, adalah pempengaruh media sosial, Phei Yong. Beliau pernah memandu kereta Carro Certified dalam pengembaraan jalan raya dua hala yang epik sejauh 700 kilometer dari Kuala Lumpur ke Singapura pada September lalu.

Phei Yong berkata, meskipun terdapat banyak platform kereta terpakai, beliau memilih untuk bekerjasama dengan Carro kerana yakin dengan proses mereka yang jujur dan telus. Ada banyak kempen menarik yang akan datang dan beliau tidak sabar untuk berkongsi lebih banyak lagi dengan semua.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply