ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bomba terima sumbangan alat pengesan bahan kimia jarak jauh dari Nadma, nilai RM10.2 juta

Berita Tempatan

Views

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memiliki enam peralatan pengesanan bahan kimia dari jarak jauh bernilai RM10.2 juta sumbangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, aset baharu itu termasuk kenderaan Long Range Detector Vehicle yang dipasang dengan Scanning Infrared Gas Imaging System (SIGIS2) yang mampu mengesan kehadiran gas dari jarak jauh.

Beliau berkata, aset-aset berkenaan akan meningkatkan tahap kecekapan operasi Unit Khas Hazardous Material (HAZMAT) JBPM terutamanya dalam mengesan kebocoran atau tumpahan bahan kimia.

Tambah beliau, pengesanan awal bahan itu akan mempercepat proses evakuasi di kawasan yang berpenduduk.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Aset-aset berkenaan juga akan digunakan untuk operasi pengendalian tumpahan bahan kimia berbahaya, menangani kebocoran radiasi, memadam api yang mempunyai unsur kimia berbahaya dan menangani pendedahan kimia, biologi dan nuklear (CBRNe).

Pemberian aset berkenaan tepat pada masanya dengan pertambahan pembinaan kilang-kilang menggunakan bahan berbahaya dan banyak operasi yang melibatkan kejadian tumpahan bahan berbahaya kebelakangan ini.

Beliau berkata JBPM juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi keselamatan lain dari segi penggunaan aset itu bagi membantu mempermudah operasi penyelamat membabitkan gas atau bahan kimia berbahaya terbabit.

Sementara itu, Ketua Pengarah Nadma Datuk Khairul Shahril Idrus yang menyerahkan aset berkenaan berkata, pihaknya akan melengkapkan keperluan operasi menyelamat bagi semua agensi keselamatan termasuk yang membabitkan kebocoran dan tumpahan bahan berbahaya itu.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pihaknya mendapati sebelum ini tidak ada peralatan untuk mengkaji dan menyiasat insiden berkaitan gas berbahaya, berdasarkan insiden pencemaran Sungai Kim Kim pada 2019.

Dalam pada itu, Abdul Wahab menyasarkan sebuah universiti awam yang mempunyai pengkhususan dalam bidang pengajian kebombaan dan penyelamatan diwujudkan dalam tempoh lima tahun.

Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha ke arah itu melalui institusi latihan jabatan iaitu Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM), yang perlu ditransformasikan terlebih dahulu untuk menjadi sebuah pusat latihan kebombaan dan penyelamatan yang disegani dan dikagumi di peringkat antarabangsa.

Pihaknya juga telah memperoleh sijil akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk dua program yang ditawarkan di akademi itu. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit BERNAMA

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply