ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Indonesia siar foto acah WR-V, pencabar Ativa buat debut global 2 November ini!

Berita Global

Views

Akhirnya, ‘seteru terkuat’ kepada trio Daihatsu RockyToyota Raize dan Perodua Ativa akan tiba tidak lama lagi. Honda Indonesia telah mula mengacah foto WR-V generasi baharu yang dikatakan versi pengeluaran Honda SUV RS Concept.

Model SUV kompak itu bakal membuat debut global sulungnya pada 2 November 2022 dan pelancarannya boleh disaksikan secara langsung menerusi laman YouTube Hondaisme bermula jam 3 petang (waktu di Indonesia).

Pada Ogos lalu, PT Honda Prospect Motor (HPM) telah mempamerkan model konsep Small SUV RS yang masih lagi sarat dengan pelitup penyamaran di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Model yang ‘dikurung dalam kotak lutsinar’ itu dikatakan versi pengeluaran SUV RS Concept yang dipamerkan di pentas yang sama tahun lalu.

Sebulan sebelum GIIAS 2022, tular beberapa foto di laman Instagram b_channel_indonesia yang memaparkan kelibat sebuah SUV kompak yang dikatakan versi pengeluaran Honda SUV RS Concept.

Reka bentuk pada bahagian lampu depan dan belakang, jeriji dengan kemasan krom dan logo RS, serta bentuk bamparnya tidaklah terlalu ekstrem jika dibandingkan dengan versi konsep.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Selain rekaan depan dan belakang, ada satu foto yang ‘paling mencuri tumpuan’. Ia memaparkan logo WR-V pada paparan grafik antara muka unit infohibur model SUV kompak tersebut.

Menurut info dari beberapa portal permotoran di Indonesia, model ini bakal ditawarkan dengan lima pilihan varian. Ia dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter aspirasi alami (NA) yang turut dikongsi bersama dengan City dan City Hatchback.

Enjin yang digandingkan dengan pilihan transmisi manual dan CVT ini mampu menjana 121 PS dan 145 Nm daya kilas.

Model yang disasarkan untuk pasaran Indonesia dan juga rantau ASEAN ini turut berpotensi untuk di bawa ke Malaysia seawal tahun depan. Kita nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit b_channel_indonesia

Foto kredit inilah.com dan apahabar.com

Honda SUV RS Concept

 

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply