Kuantan bakal menjadi lokasi Himpunan RXZ Members tahun depan selepas kerajaan negeri bersetuju menganjurkan himpunan terbabit yang menghimpunkan pemilik dan peminat motosikal itu dari seluruh negara.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri, Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Menurutnya, ia bukti keprihatinan dan cakna menteri besar terhadap minat anak muda khususnya peminat RX-Z dari seluruh negara termasuk di Pahang.
“Saya ingin mengumumkan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dengan rasa berbesar hati telah menawarkan lokasi di Kuantan sebagai Himpunan RXZ Member, awal tahun depan,” katanya.
Fadzli berkata, satu perbincangan akan diadakan dan beliau memberitahu akan berhubung rapat dengan kelab-kelab permotoran di dalam mahu pun di luar negeri Pahang bagi membincangkan pengisian program sepanjang himpunan itu berlangsung nanti.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
“Insya-ALLAH berbagai acara menarik akan dianjurkan sepanjang himpunan ini berlangsung. “Saya percaya jika acara ini diuruskan dengan baik, ia akan menjadi acara yang terkemuka bukan sahaja di negara ini tetapi juga mendapat sambutan dari negara-negara luar,” tambahnya.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan dan berterima kasih terhadap keprihatinan menteri besar dengan minat generasi muda.
Himpunan jentera Yamaha RX-Z terbesar di Malaysia ini sudah memasuki edisi kelima penganjurannya selepas kali pertama diadakan bermula 2017 sehingga 2019 sebelum kembali berhimpun pada tahun lepas dan terbaharu tahun ini di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Hishamuddin Abdul Karim
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI