ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sony tayang Vision-S 02 di CES 2022, bakal pencabar Tesla Model X

Berita Global

Views
VISION-S 02 | Concept Movie

Pada Januari 2020, Sony telah memperkenalkan model kereta konsep pertama mereka Vision-S 01 di CES 2020 dan setelah dua tahun, mereka kembali dengan model konsep terbaharu, Vision-S 02.

Gergasi elektronik itu bukan sahaja membawa Vision-S 02 di CES 2022, malah turut membuat satu pengumuman besar iaitu penubuhan Sony Mobility Inc pada musim bunga 2022.

Syarikat itu nanti akan “meneroka kemasukan ke pasaran kenderaan elektrik (EV)”, berkemungkinan dengan versi pengeluaran model sedan dan SUV.

Jika Sony Vision-S 01 digembar-gemburkan sebagai pesaing kepada Tesla Model S, Vision-S 02 pula bakal memberi saingan kepada Model X. SUV elektrik itu berukuran 4,895 mm panjang, dengan jarak antara gandar 3,030 mm.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Meskipun ukurannya sama dengan versi sedan, ia lebih lebar (1,930 mm) dan lebih tinggi (1,650 mm), manakala jarak lega tanah juga dinaikkan sebanyak (157 mm). SUV ini juga lebih berat (2,480 kg), berbanding sedan (2,350 kg).

Seperti yang dijangka, kedua-dua model konsep ini berkongsi pelantar yang sama. Ini termasuklah double-wishbone di depan dan suspensi belakang dengan pegas udara dan trenkuasa dwi-motor pacuan semua roda yang merangkumi dua motor elektrik yang setiap satunya mampu menghasilkan 268 kuasa kuda.

Kelajuan maksima SUV ini mampu melebihi 180 km/j, namun ia lebih rendah jika dibandingkan dengan versi sedan (240 km/j). Dari segi pecutan (0-100 km/j), sudah pasti ia akan lebih perlahan berbanding versi sedan.

Dari segi reka bentuk, Vision-S 02 mempunyai banyak persamaan dengan Vision-S 01. Rekaan lampu hadapan berbentuk badam kini bersambung dengan jejalur jeriji bercahaya.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Selain itu, bamparnya kini mempunyai liang udara lebih nipis, kemasan badan dwitona, rim aloi 20-inci dan lampu belakang jenis LED yang melintang. Garis bumbung SUV nampak agak pelik dari sesetengah sudut dan ia mungkin disebabkan kabinnya yang menawarkan tiga-baris tempat duduk untuk memuatkan tujuh penumpang.

Di ruang kabin, papan pemukanya berkongsi komponen dengan Vision-S 01, termsuklah tiga skrin besar, dua skrin tambahan untuk cermin digital dan tambahan skrin sesentuh pada konsol tengah terapung untuk mengawal fungsi kenderaan.

Selain itu, ia turut dilengkapi tempat duduk dengan pembesar suara terbina dalam kini serasi dengan 360 Reality Audio, servis video Bravia Core, ketersambungan 5G dan keupayaan untuk bermain permainan PlayStation melalui sambungan jauh dengan konsol infohibur.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan pelbagai penderia di sekeliling kenderaan termasuklah penderia imej CMOS resolusi tinggi dan LiDAR. Selain itu, ia turut diengkapi dengan penderia Time-of-Flight (ToF) yang memantau pemandu dan penumpang, mengenali mereka dan menyokong isyarat serta arahan suara.

Sony juga telah menguji sistem ADASnya di Eropah sebelum memperkenalkan keupayaan autonomi Tahap 2+ di jalan awam, manakala dalam kenyataan sebelumnya ia telah mengumumkan keupayaan Tahap 4 pada masa hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply