ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suspek pukul anggota bomba direman empat hari

Berita Tempatan

Views

Astro Awani melaporkan lelaki yang menumbuk anggota bomba selepas terlibat kemalangan jalan raya di Cheras Perdana pada Khamis direman empat hari bagi membantu siasatan. Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Kajang, Sharifah Fazilah Zulkefli bermula 16 Oktober hingga 19 Oktober.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Dalam kejadian pada Khamis, suspek yang merupakan seorang pengurus acara menumbuk seorang anggota bomba selepas dia dihalang menghampiri keretanya yang terbakar. Malah, suspek bertindak agresif dan mengamuk di lokasi sehingga menyebabkan anggota bomba bergelut dan terpaksa menahannya.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Sebelum itu, kenderaan dipandu suspek melanggar dua buah kenderaan lain dan mengakibatkan kenderaannya mengalami kerosakan teruk dan terbakar. Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 / 353 Kanun Keseksaan dan siasatan kes kemalangan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Rakaman video kejadian terbabit tular di media sosial dengan beberapa rakaman video memaparkan suspek menumbuk anggota bomba dan mengamuk sebelum berjaya ditahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat penggantiVolkswagen

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply