Tak sampai 24 jam selepas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, kementerian telah memutuskan untuk menaikkan harga petrol RON95 satu sen setiap minggu sehingga mencapai harga pasaran, hari ini Menterinya pula berkata kerajaan masih belum memuktamadkan kenaikan harga tersebut.
Menurut Harian Metro, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, pihaknya membincangkan mengenai pelbagai perkara terutama pelaksanaan petrol subsidi bersasar.
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
Katanya, kenaikan harga satu sen ini bukan perkara yang dimuktamadkan lagi, jadi semalam timbalannya hanya menjawab soalan tambahan, oleh itu beliau menyebut mengenai cadangan kenaikan itu. Tambahnya, dalam mesyuarat jemaah menteri esok, beliau sendiri akan memberi maklum balas ini dari masa ke masa.
Sekiranya dipersetujui oleh jemaah menteri, barulah pihaknya akan membuat pengumuman. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia di Kedai Mestra Petronas di Kuala Lumpur, siang tadi.
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
Menurutnya, jika terdapat kenaikan harga petrol, pihaknya perlu melihat apakah kesannya terhadap indeks harga pengguna dan inflasi. Saifuddin berkata, penentuan asas harga petrol itu juga harus mengambil kira beberapa mekanisma antaranya kadar pertukaran mata wang asing dan harga minyak mentah pada masa itu.
Oleh itu, beliau sekali lagi ingin menegaskan yang perkara ini masih belum dimuktamadkan. Jelasnya, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan bagaimana untuk mengetahui kesannya nanti. Jadi pihaknya perlu duduk bersama Jabatan Perangkaan dan mereka akan membantu dengan model simulasi. Mengenai subsidi bersasar pula ia kekal seperti yang diumumkan sebelum ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
KOMEN TERKINI