ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tayar kereta Michelin dengan 45 peratus bahan lestari rangkul anugerah AutomotiveINNOVATIONS Award 2023

Berita Tempatan

Views

Michelin telah berjaya merangkul anugerah AutomotiveINNOVATIONS Award 2023 di bawah kategori ‘Chassis, Car Body & Exterior‘ bagi tayar keretanya (dengan perakuan kegunaan jalan raya) yang mengandungi 45 peratus bahan lestari pada 13 Julai lalu di Frankfurt.

Anugerah tersebut disampaikan oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) dan Center of Automotive Management (CAM) yang telah menjalankan kajian selama sedekad bersama para pengusaha dan pembekal bagi mengenal pasti inovasi-inovasi yang penting dalam industri automobil.

Panel jurinya pula dianggotai oleh individu-individu yang berpengalaman dalam industri ini, termasuk dari dunia sains, perundingan, dan media khas.

Strategi bahan lestari Michelin adalah unik dari segi standard yang tinggi, skop, dimensi kerjasama, dan pendekatan komprehensif sepanjang kitar hayat produknya.

Michelin melihat bahan-bahan lestari sebagai bahan yang dikitar semula atau boleh diperbaharui sepanjang skala hayat manusia.

Atas sebab inilah Michelin sedang memperjuangkan sebuah konsensus dalam industri tayar mengenai satu definisi yang lazim serta jitu mengenai apa yang menjadikan sesuatu bahan itu lestari.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Michelin mempunyai matlamat untuk mengerahkan strategi bahan lestarinya merentasi seluruh produk, tidak terhad kepada satu-satu produk ataupun sesetengah rangkaian produk sahaja.

Pelaksanaan ini memerlukan transformasi yang ekstensif melibatkan pelbagai kaedah, alatan, serta proses industri.

Dari sudut yang lebih umum, kajian dan pembangunan serta cabaran yang wujud dalam industri ini akan memerlukan kelahiran sektor-sektor dan rantaian nilai yang baharu.

Pihak Michelin juga telah melancarkan sebuah program dengan usaha sama sasaran, membolehkannya menaik taraf usaha pembangunan teknologi-teknologi rintis, khususnya dalam medan transformasi dan pengitaran semula.

Contohnya ialah Pyrowave (r-styrène), Carbios (r-PET), Enviro (rCB), IFPEN/Axens, dengan penglibatan ADEME (bio-butadiene), projek Empreinte yang dijalankan bersama ADEME di samping projek-projek ekonomi sirkular BlackCycle dan Whitecycle.

Program ini dijalankan oleh Michelin bersama rakan-rakan kongsi dari Eropah, disokong oleh EU untuk mentransformasi tayar tamat hayat kepada bahan-bahan mentah berkualiti tinggi yang boleh digunakan dalam tayar-tayar baharu.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Dengan mengambil kira segala parameter dan impak persekitaran yang dimiliki produk-produk tayar, Michelin telah menggagaskan sebuah pendekatan 360°.

Ia berdasarkan analisis kitar hayat tayar, dari pemilihan bahan mentah hingga ke solusi-solusi pengitaran semula, di bawah sebuah kerangka tatareka mesra alam yang umum.

Bukan sekadar membangunkan dan memanfaatkan bahan-bahan lestari dalam tayar semata-mata, malah ia memaksimumkan potensi di setiap peringkat kitaran hayat tayar (rekaan, pembuatan, pengangkutan, penggunaan, dan tamat hayat).

Sebuah anugerah yang mengiktiraf komitmen Michelin untuk menghasilkan tayar dengan 100 peratus bahan lestari menjelang 2050, dengan sasaran interim 40 peratus menjelang 2030.

Diperkenalkan pada tahun 2022, tayar-tayar dengan kandungan 45 peratus bahan lestari ini memanfaatkan aneka teknologi yang akan dimuatkan di dalam tayar-tayar yang standard pada tahun 2025.

Michelin komited dalam menggalakkan produksi di peringkat global, dicapai secara eksklusif menggunakan bahan-bahan boleh baharu atau dikitar semula menjelang 2050, dengan sasaran interim sebanyak 40 peratus secara purata menjelang 2030.

Menurut Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan merangkap Anggota Jawatankuasa Eksekutif Michelin Group, Eric Vinesse, bagi merealisasikan aspirasinya, kepakaran Michelin dalam medan bahan-bahan tercanggih ditunjangi oleh 6,000 orang jurutera, penyelidik, ahli kimia dan pembangun di serata dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply