ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Ikon permotoran’ antara 284 ditahan dalam Op Samseng Jalanan

Berita Tempatan

Views

Ketika umat Islam bergembira meraikan sambutan Aidiladha, seramai 284 individu ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan Operasi Motosikal di Jalan Pegawai, di Alor Setar dari malam tadi hingga awal pagi ini.

Lebih mengejutkan, seorang pempengaruh media sosial yang juga ikon permotoran berusia 23 tahun turut dicekup dalam operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Kota Setar yang bermula pukul 11 malam hingga 3 pagi tadi.

Dia yang ditahan bersama sekumpulan remaja lain dikenakan empat tindakan saman Pol 257 atas pelbagai kesalahan trafik.

Terdahulu, polis mengesan aktiviti samseng jalanan melibatkan sekumpulan besar remaja bermotosikal sebelum anggota dari semua bahagian dan balai digerakkan ke lokasi.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Hasil intipan dan pemantauan hampir dua jam kemudiannya membawa kepada penahanan 284 motosikal yang mana kepungan secara menyeluruh dari setiap sudut Jalan Pegawai menyebabkan penunggang motosikal gagal meloloskan diri.

Polis turut memeriksa penonton yang berada di lokasi iaitu di kiri dan kanan jalan. Kesemua individu yang ditahan seterusnya terpaksa menolak motosikal dari lokasi ke BSPT Kota Setar sejauh kira-kira 3 kilometer.

Mereka yang ditahan dibebaskan selepas urusan dokumentasi termasuk berkaitan saman selesai pada pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, operasi tersebut dilakukan oleh 58 pegawai dan anggota polis termasuk Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) dengan diketuai Inspektor Helmi Sauti.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Katanya, mereka yang diperiksa terdiri daripada seramai 281 lelaki dan tiga perempuan dengan 10 daripada mereka adalah remaja bawah umur yang mana lapan masih bersekolah.

Sebanyak 194 saman dikeluarkan melibatkan 47 kesalahan tiada lesen memandu, nombor pendaftaran (40), ubah suai (25), cermin sisi (23), tidak pamer pelekat P dan L (22), aksesori (17), tiada insurans (12), cukai jalan tamat tempoh (5) dan lesen tamat tempoh (3).

Tambah beliau, 50 buah motosikal disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kata beliau, kesemua yang ditahan dibebaskan sebaik proses dokumentasi dan urusan saman selesai, manakala waris bagi remaja bawah umur yang tidak mempunyai lesen dipanggil dengan saman dikeluarkan ke atas pemilik motosikal. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Majoriti

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply