ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terlelap punca kemalangan maut di CSR Lipis

Berita Tempatan

Views

Hasrat tiga sahabat untuk ke ibu negara berakhir tragedi apabila dua daripadanya maut selepas kereta dinaiki terbabit nahas di Kilometer 86, Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dekat Lipis, awal pagi tadi. Berita Harian melaporkan, dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, Perodua Viva dinaiki tiga lelaki itu telah merempuh bahagian belakang lori yang dikatakan berhenti di laluan kecemasan.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, memaklumkan mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Mohd Shaiful Abdul Manaf, 42, dan Wan Khairul Anwar Wan Kamarunzaman, 32 tahun. Katanya, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan yang memandi kereta terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke ibu negara.

Tambah beliau, pemandu kereta berkenaan, Nukman Salleh, 39, dipercayai terlelap sebelum merempuh bahagian belakang lori membawa muatan pakaian terpakai yang berada di lorong kecemasan. Akibat rempuhan itu, Mohd Shaiful yang berada di tempat duduk hadapan dan Wan Khairul Anwar yang duduk di tempat duduk belakang disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala dan badan.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Azli berkata, pemandu dan kelindan lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. Pemandu (Nukman) serta seorang lagi penumpang Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan. Tambahnya lagi, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian.

Azli berkata, siasatan awal juga mendapati permukaan jalan basah berikutan selepas hujan dan keadaan berkabus di lokasi kemalangan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply