ARKIB

KATEGORI

Buletin

RM20 juta untuk bangunkan kereta nasional ketiga, tiada kaitan dengan super dron – MED

Berita Tempatan

Views

Semalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menggesa pihak berkuasa mengaudit pelaburan dana awam sebanyak RM20 juta yang dilaburkan untuk projek kereta terbang. Hari ini, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) tampil dengan penjelasan dan menegaskan peruntukan RM20 juta yang disediakan MIGHT (Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi) tiada kaitan dengan pembangunan projek yang dibangunkan oleh Aerodyne Group itu.

Memetik laporan Bernama, MED menerusi satu kenyataan malam tadi memaklumkan peruntukan dana itu adalah bagi membangunkan inovasi dan penyelidikan serta pembangunan Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP), dengan DreamEdge dan MIGHT dilantik sebagai peneraju NNCP.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Kementerian itu turut menjelaskan ia tidak mempunyai peruntukan dan kuasa untuk meluluskan dana bagi tujuan pelaburan dalam sebarang projek dron. Menurut kenyataan itu, projek super dron diterajui oleh sektor swasta dan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat tempatan. Projek ini tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan dan oleh itu, ia tidak dibawa ke peringkat MPN (Majlis Pembangunan Negara) atau Mesyuarat Jemaah Menteri kerana tidak memerlukan sebarang keputusan kerajaan.

Sehubungan itu, tiada keperluan untuknya menjalankan audit kewangan dan harta intelek ke atas syarikat Aerodyne Group yang melaksanakan projek super dron kerana ia bukanlah merupakan perolehan kerajaan. Projek ini tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kementerian dan kementerian tidak akan menanggung sebarang kerugian sekiranya projek ini tidak berjalan seperti yang dirancang.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

MED turtut mengambil maklum rumusan dan cadangan PAC berkaitan dengan mobiliti udara. Pihak kementerian sedang menyediakan maklum balas yang lengkap. Maklumat yang dikemukakan oleh kementerian ini adalah berdasarkan maklumat yang berada dalam kementerian. Maklumat tindakan agensi lain akan dilihat kembali oleh kementerian,.

Terdahulu, PAC dalam laporannya mengenai projek super dron yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, dan turut dimuat naik di laman web PAC, menyatakan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof membuat pengumuman terlalu awal mengenai projek tersebut.

Menurut laporan berkenaan, PAC juga mendapati MIGHT melalui VentureTech Sdn Bhd (VTSB) telah meluluskan pelaburan dalam Aerodyne sebanyak RM20 juta yang disalurkan pada 1 November lalu. PAC juga meminta Jabatan Audit Negara (JAN) supaya membuat pengauditan terhadap pelaburan RM20 juta itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply