ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga lagi pemenang bertuah terima model 1 Million Special Edition

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia telah melabuhkan tirai kempen “1 Million Dreams” dengan menyerahkan tiga lagi model 1 Million Special Edition kepada para pemenang dalam satu majlis yang dianjurkan bersama-sama tiga rakan jenama, iaitu CUCKOO, Shopee dan Watsons.

Dalam acara itu juga, Honda Malaysia turut mengumumkan model kesejutanya iaitu Civic yang dibeli oleh Ahmad Sirwan Bin Mat Tuselim. Ini membolehkannya menerima token penghargaan bernilai lebih RM8,000 yang diberikan oleh Honda Malaysia bersama-sama dengan rakan jenama yang mengambil bahagian.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Selain itu, tiga buah model 1 Million Special Edition telah disampaikan kepada para pemenang bertuah dan berikut adalah senarainya:

No. Models Disampaikan oleh

rakan jenama

Pemenang
1. City BaharuCUCKOO Megawati Binti Affendi
2. HR-V Shopee Muhammed Faisal Adnan
3. BR-V Watsons Mohd Aisamuddin Bin Mohd Azilah

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Honda Malaysia, Madoka Chujo, beliau merasa amat bertuah kerana dapat meraikan pencapaian ini dan menyampaikan baki tiga model 1 Million Special Edition kepada para pemenang bertuah bersama rakan jenama.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Hoe Kian Choon pula mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan mengharapkan kerjasama yang lebih besar seperti ini bagi memberi lebih inspirasi untuk hidup lebih sihat dan bahagia.

Bagi Kenneth Soh, Ketua Shopee Mall Malaysia, kempen ini telah memberikan pengguna setia dan bertuah Shopee pengalaman sekali seumur hidup dan daripada sebuah jenama yang mereka hargai. Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh, berkata pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Watsons yang menyertai peraduan ini penyertaan dan berharap dapat memperluaskan lagi kerjasama mereka dengan Honda Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply