ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Tiga perkataan ini diharamkan dalam pesawat, walaupun bergurau!’ – Zarul Umbrella

Berita Tempatan

Views

Pernah berkhidmat di awan biru, penyanyi Zarul Husin, 50, berkongsi tiga perkataan yang diharamkan buat penumpang serta petugas penerbangan ketika menaiki pesawat.

Sebagai bekas pramugara di sebuah syarikat penerbangan terkenal, Zarul memuat naik perkongsian berbentuk paparan video yang dikongsikan di Instagram.

Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin yang pernah bertugas selama 17 tahun sebagai pramugara menjelaskan, perkataan itu boleh mengancam keselamatan dan individu yang menyebutnya berpotensi tinggi untuk dikeluarkan daripada pesawat.

“Ada tiga perkataan yang apabila anda sebut, boleh mengancam keselamatan dalam pesawat dan kemungkinan besar akan membuatkan anda dikeluarkan dalam penerbangan itu sangat tinggi.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

“Dengan serta merta anda boleh dikeluarkan daripada pesawat berkenaan kerana menyebut tiga perkataan ini. Yang pertama, adalah bom.

Contohnya seperti pesawat MH122, yang mana penumpang cakap dia ada bom. Bom ini perkataan yang diharamkan dalam pesawat atau penerbangan.

“Jangan sesekali buat main perkataan bom walaupun hanya buat lawak… tidak! Bom bukan bahan lawak dalam pesawat.

Selain itu, perkataan yang dilarang adalah pisau, pistol dan parang. ‘Sama level’ dengan perkataan bom. Boleh menjadi satu ancaman.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

“Perkataan hijack‘ atau rampas… seperti ‘saya nak rampaslah kapal terbang sebab lambat bagi nasi lemak’. Walaupun hanya bergurau, kalian boleh dikeluarkan serta merta. Malah, mereka boleh patah balik untuk keluarkan anda,” katanya.

Sebelum ini, Zarul pernah bercuti tanpa gaji untuk menyertai musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza (GV3). Namun, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya tetapnya itu.

Vokalis kumpulan Umbrella itu mendedahkan tugasan yang terpaksa dipikul oleh seseorang bergelar pramugara bukan sesuatu yang indah dan mudah seperti dibayangkan oleh segelintir pihak.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka ini sering berkongsi pengalaman di awan biru menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman YouTube miliknya. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kosmo

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply