ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tipu tahun buatan pada sijil pendaftaran, syarikat jual beli kenderaan terpakai dikompaun RM30k

Views

Sebuah syarikat jual beli kenderaan terpakai di negeri ini dikesan melakukan penipuan dengan mengubah maklumat tahun buatan pada setiap gambar sijil pendaftaran kenderaan yang ditawarkan untuk dijual melalui platform jual beli kenderaan dalam talian.

Menurut Astro AWANI, taktik itu digunakan bagi mengaut keuntungan yang lebih besar kerana menjual kenderaan yang telah susut nilai pada harga pasaran semasa.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Normaswari Nordin berkata, salah laku syarikat jual beli kenderaan terpakai itu dikesan hasil aduan pengguna yang mendakwa tertipu dengan transaksi jual beli kenderaan yang diiklankan disalah satu platform jual beli kenderaan dalam talian terkenal.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Menurutnya, KPDNHEP Pahang telah mengambil tindakan tegas terhadap syarikat tersebut dengan mengeluarkan kompaun RM30,000.

Siasatan ini mendapat kerjasama baik daripada pihak penyedia tapak iklan jual beli kenderaan dalam talian terlibat dimana mereka juga telah menurunkan semua iklan daripada syarikat itu.

Tindakan ini diharap dapat dijadikan pengajaran kepada syarikat itu agar lebih telus dalam berurus niaga sekaligus dapat mendidik para peniaga lain menjadi lebih beretika.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Normaswari Nordin berkata, perbuatan memalsukan maklumat adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 10(1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Sementara itu katanya, sepanjang tahun lalu, KPDNHEP Pahang telah menerima 300 aduan melibatkan urus niaga dalam talian.

Jumlah aduan itu bagaimanapun menunjukkan penurunan sebanyak 28.06 peratus berbanding 417 aduan yang diterima pada tahun 2020.

Pihaknya juga telah menjalankan pemeriksaan ke atas 53,478 premis perniagaan di seluruh negeri dan daripada jumlah pemeriksaan itu, sebanyak 658 kes telah dihasilkan melibatkan rampasan bernilai RM469,545 dan kompaun sebanyak RM459,750.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kpdnhep Negeri Pahang

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply