ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota India acah rupa depan dan papan pemuka Urban Cruiser Hyryder, pendingin hawa boleh diaktifkan menerusi telefon pintar

Berita Global

Views

Menjelang debut global sulungnya pada 1 Julai nanti, Toyota India ‘kian rancak’ mengacah warganet menerusi siri poster dan juga video ringkas model SUV, Urban Cruiser Hyryder.

Semalam mereka mula memaparkan poster yang memperlihatkan sebahagian daripada wajah sebenar model berkenaan.

Dengan bantuan sahabat kami, pakar pemanipulasi foto digital Theophilus Chin, kita dapat melihat gambaran awal wajah sebenar Urban Cruiser Hyryder dari pandangan hadapan.

Buat julung kalinya juga kita dapat mengintai sedikit reka bentuk papan pemukanya. Apa yang menarik, fungsi pendingin hawanya boleh diaktifkan menerusi aplikasi di telefon pintar secara kawalan jauh.

Selain itu kita dapat melihat kemasan papan pemuka dwitona kombinasi warna hitam dan coklat gelap yang diserikan lagi dengan kemasan krom kusam.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Kelihatan juga paparan unit infohibur jenis terapung yang gaya reka bentuknya mirip versi Toyota C-HR. Model ini juga bakal mempunyai kembar, iaitu Maruti-Suzuki YFG @ Vitara dan bakal SUV Perodua 2023 (namakod D66B).

Ia akan ditawarkan dengan pilihan trenkuasa hibrid ringan dan kuat yang digabungkan bersama enjin 1.5-liter petrol.

Varian hibrid kuat dilengkapi dengan tiga pilihan mod pemanduan iaitu petrol sepenuhnya, pemanduan hibrid dan EV sepenuhnya.

Dalam mod EV sepenuhnya, ia mampu bergerak kira-kira 80 km hingga 100 km, yang memadai bagi sesebuah model hibrid. Selain itu, kecekapan bahan api keseluruhan dijangka meningkat sehingga 23 km/liter.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

Foto acah Toyota Urban Cruiser Hyryder

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply