ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Theophilus Chin beri gambaran awal Toyota Yaris ATIV (D92A) @ Vios 2022

Impresi Artis

Views

Sekali lagi sahabat kami, pakar manipulasi digital Theophilus Chin menggunakan ‘magis’nya untuk memberi gambaran awal model sedan segmen-B, Toyota Yaris ATIV (D92A) @ Vios 2022.

Dengan berpandukan foto-foto intip terkini yang dikongsikan dalam artikel terdahulu, Theo menggunakan Corolla versi Jepun (JDM) untuk merealisasikan impresi artisnya kali ini.

Kebetulan pula ada beberapa persamaan dari segi reka bentuk luaran antara Corolla JDM dengan unit ujian Toyota Yaris ATIV (D92A) yang pada ketika ini sedang rancak diuji di Thailand.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Dari segi penggayaan, reka bentuk luaran Yaris ATIV (D92A) menampilkan gaya ala ‘fastback‘ dengan bumbung belakang yang sedikit melengkung dan curam.

Secara kasar, reka bentuk keseluruhan Yaris ATIV (D92A) banyak dipengaruhi oleh model Daihatsu DN F-Sedan Concept yang membuat kemunculan semasa Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) pada 2017.

Model yang dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) itu bakal ditawarkan dengan dua pilihan enjin, 1.2 liter petrol aspirasi alami (NA) (3NR-FKE) dari model semasa yang disambungkan dengan transmisi automatik Super CVT-i.

Selain itu, model ini juga ditawarkan dengan pilihan trenkuasa, hibrid 1.5 liter (M15A-FXE) yang kini digunakan pada model Toyota Aqua / Yaris versi Jepun. Enjin ini digandingkan bersama transmisi automatik e-CVT dengan pacuan roda hadapan.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Dari aspek keselamatan pula, semua varian Yaris ATIV (D92A) bakal dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan yang ada pada model semasa, seperti:

  • Brek anti-kunci (ABS)
  • Agihan daya brek (EBD)
  • Bantuan brek BA
  • Kawalan kestabilan kenderaan
  • Sistem kawalan cengkaman anti-gelincir
  • Bantuan mula mendaki
  • Amaran perlanggaran hadapan
  • Bantuan keluar lorong
  • 7 beg udara (bahagian hadapan,tirai dan lutut)

Model Yaris ATIV (D92A) @ Vios 2022 bakal dilancarkan di Thailand pada bulan Ogos 2022. Kami menjangkakan model ini akan tiba di Malaysia pada tahun hadapan. Apa pendapat anda dengan Vios versi Theophilus Chin ini?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

Foto kredit autolifethailand.tv

Daihatsu DN F-Sedan

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply