ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota lancar GR Yaris 2024 di Tokyo Auto Salon, pilihan transmisi automatik 8-kelajuan

Berita Tempatan

Views

Toyota secara rasminya memperkenalkan GR Yaris yang dipertingkatkan bersempena pameran Tokyo Auto Salon 2024.

Apa yang menarik, GR Yaris 2024 menerima kotak gear baharu yang dikenali sebagai Direct Automatic Transmission (DAT).

Kotak gear 8-kelajuan ini berasaskan penukar daya kilas auto yang telah dioptimumkan untuk anjakan yang lebih pantas dan telah menala logik penukaran gear secara khusus untuk kegunaan trek.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia bukanlah kotak gear dwi-cekam seperti yang ada pada model berprestasi yang lain, namun kotak gear ZF 8HP automatik ini telah di’lenjan’ dalam siri ketahanan Super Taikyu, serta Kejohanan Rali Jepun.

Selain kotak gear baharu, ‘spesifikasi litar’ turut ditawarkan menerusi pakej penyejukan yang dipertingkatkan, khususnya radiator tambahan, semburan intercooler dan sistem kemasukan yang direka bentuk semula.

Model transmisi automatik ini juga akan menerima penyejuk khusus untuk kotak gear. Kedua-dua penyejuk boleh dilihat di bahagian liang udara sisi.

Agak mengejutkan, kotak gear automatik ini hanya menambah kira-kira 40 paun pada berat keseluruhan kereta. Ketegaran badan dan penambahbaikan suspensi pula menyokong peningkatan kuasa daripada enjin tiga silinder pengecas turbo.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Enjin tiga silinder G16E-GTS yang digunakannya juga telah menerima talaan semula, yang mana ia kini mampu menghasilkan kuasa setinggi 304 PS dan 400 Nm daya kilas.

Bukan itu sahaja, rangkaian injap enjin kereta ini pula telah diperkukuhkan, penggunaan injap ekzos baharu yang tidak didedahkan, peningkatan dalam tekanan pancitan terus, penderia kemasukan tekanan udara baharu dan omboh ringan yang direka bentuk semula.

Akhir sekali, GR Yaris 2024 turut menerima perubahan kosmetik luaran dan dalaman. Ia menampilkan bampar hadapan dengan gaya lebih aggresif yang memuatkan penyejuk tambahan, manakala bahagian kabinnya telah direka bentuk semula sepenuhnya supaya lebih mengutamakan pemandu.

Cuma, rekaan papan pemukanya kelihatan agak janggal dan ketinggalan zaman, jika dibandingkan dengan model sebelumnya. Setidak-tidaknya kelompok meter baharunya itu menggunakan paparan 12.3 inci daripada GR Corolla.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply