ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Malaysia mula usik warganet dengan iklan acah GR Yaris

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook Toyota Malaysia telah mula mengusik warganet dengan menyiarkan iklan acah model yang dilahirkan dari World Rally Championship (WRC), GR Yaris. Baru-baru ini mereka telah memperkenalkan model Supra yang dikemaskini dan hanya selang seminggu, iklan acah GR Yaris pula dipertontonkan.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Adakah Toyota Malaysia memberi isyarat awal yang model GR Yaris bakal dilancarkan dalam masa terdekat? Itu hanya mereka yang boleh menjawabnya kerana GR Yaris bukanlah model Yaris yang sama seperti dijual di sini. Ia sebenarnya merupakan generasi baharu Yaris untuk pasaran di negara Jepun dan Eropah.

GR Yaris didatangkan dengan versi tiga pintu dan idea pembangunan model ini telah dicetuskan oleh legenda rali, Tommi Makinnen yang kini merupakan prinsipal pasukan rali dunia Toyota Gazoo Racing. Struktur kerangka model ini juga lebih ringan dengan beberapa komponen diperbuat daripada bahan aluminium, serta bumbung dari bahan plastik yang diperkukuhkan dengan serat karbon (CFRP).

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

Jentera cilik ini dijana oleh enjin 1.6 liter turbo tiga-silinder yang menghasilkan 272 PS dan daya kilas maksima 370 Nm. Enjin disambungkan kepada transmisi enam-kelajuan manual, yang dipacu oleh semua roda menerusi sistem GR-Four.

Untuk pengendalian yang lebih mantap, GR Yaris dipasang dengan topang McPherson di gandar hadapan, manakala di belakang, double wishbone mengambil alih tempat rasuk kilas (torsion beam) yang ada pada model Yaris versi standard. Bilakah model ini dilancarkan secara rasmi? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Toyota GR Yaris

JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply