Baru-baru ini tular di media sosial sebuah Nissan GT-R R35 ‘berwarna emas’ yang menerima talaan daripada oleh syarikat terkemuka dari Jepun, Top Secret dikatakan telah dibeli oleh seorang individu dari Malaysia.
Jentera yang turut dikenali sebagai ‘Top Secret Gold GT-R‘ itu telah dipamerkan di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 (TAS KL 2023) yang berakhir semalam, bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Desas-desus mula berlegar di alam maya yang mengatakan “Gojira Emas” itu telah dibeli oleh Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri ibni Sultan Ibrahim.
Beliau dilihat sedang ‘berbincang’ dengan pengasas Top Secret, iaitu Smokey Nagata semasa membuat kunjungan ke TAS KL 2023 baru-baru ini.
Akhirnya segala persoalan terjawab dan Tunku Abdul Rahman menerusi satu hantaran di menerusi ‘Instagram Story‘nya mengumumkan, jentera tersebut telah ‘berada dalam tangannya’.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Walaubagaimanapun, beliau berkata ‘mungkin tidak boleh memandunya’ dan akan menceritakan lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.
Rupa-rupanya, dalam slaid yang seterusnya beliau hanya ‘berseloroh’, kerana GT-R yang dimaksudkan adalah model skala 1:64 yang berada di tapak tangannya dan berlatar belakangkan sebuah Bugatti Veyron.
Sedikit informasi mengenai Top Secret Gold GT-R, ia dikuasakan oleh enjin 3.8 liter V6 VR38DETT yang diberi talaan prestasi hingga mampu ‘memerah’ sehingga 815 kuasa kuda.
Enjin tersebut digandingkan dengan 6-kelajuan dwicekam dari Borg Warner. Jentera tersebut telah memenangi perlumbaan Nardo Italy High Speed Challenge dan berjaya mencatat kelajuan terpantas 377.242 km/j.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Wan Jitz
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI