ARKIB

KATEGORI

Tular

Berminat sertai Tesla Malaysia? Temuduga terbuka pada 17 Jun ini!

Tular

Views

Sejak siang tadi, tular satu grafik poster yang memaparkan iklan temuduga terbuka untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan di Tesla Malaysia di media sosial.

Menerusi poster tersebut, gergasi kenderaan elektrik (EV) milik bilionaire Elon Musk itu bakal mengadakan sesi temuduga terbuka pada 17 Jun 2023 (Sabtu minggu hadapan), bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Sesi temuduga akan diadakan di Cyberview, Aras 4, Blok 3750, Cyber 8, Persiaran Apec, Cyberjaya. Mereka yang berminat boleh mengisi salah satu jawatan yang ditawarkan, antaranya:

  • Penasihat jualan / Penasihat jualan dalaman
  • Penasihat jualan Perusahaan (Enterprise)
  • Penasihat penghantaran
  • Pakar perkhidmatan pelanggan
  • Penasihat servis

Selain jawatan yang diiklankan untuk sesi temuduga terbuka, beberapa jawatan lain turut ditawarkan menerusi laman sesawang INI dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Awal Mac lalu,  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) ke Malaysia.

Tesla bakal membuka ibu pejabatnya di Malaysia, selain memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla dan mewujudkan rangkaian ‘pengecas super’ di Malaysia.

Kemasukan Tesla ke Malaysia telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’ bagi tujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan dan menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem untuk menyokong penggunaan BEV.

Di samping itu, inisiatif ini bertujuan untuk mendapatkan pelaburan daripada syarikat pengeluar BEV global terkemuka di Malaysia. Tesla ialah pemohon pertama inisiatif oleh MITI ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply