ARKIB

KATEGORI

Buletin

Model konsep Geely Galaxy Light dituduh ‘plagiat’ reka bentuk model Changan Automobile?

Berita Global

Views

Meskipun baharu sahaja diperkenalkan kira-kira seminggu yang lalu, jenama baharu kenderaan elektrik mewah, iaitu Geely Galaxy mula ‘panas’ dengan satu tuduhan berat.

Pada 28 Februari lalu, peguam yang mewakili Changan Automobile telah menghantar surat kepada Geely Holding menyatakan bahawa model prototaip sedan Galaxy Light telah melanggar hak cipta.

Geely dengan pantas menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa reka bentuk Galaxy Light adalah asli dan meneruskan keunikan estetik model keluaran Geely.

Galaxy Light telah diperkenalkan bersama-sama sebuah lagi model, iaitu SUV PHEV jarak jauh Galaxy L7. Versi pengeluarannya dijangka dilancarkan pada penghujung tahun ini.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Betul ke ada unsur plagiat?

Menurut surat Changan, mereka mendakwa bahawa “selepas perbandingan, didapati bahawa prototaip Geely itu mempunyai banyak persamaan dengan kereta konsep Changan Automobile dan model pengeluaran massa, dan ia disyaki melanggar hak harta intelek Changan Automobile.”

Walaubagaimanapun, Changan tidak menyatakan secara spesifik mana-mana model kereta tertentu yang mereka syaki rekaannya ditiru oleh Geely. Surat itu juga menyebut bahawa prototaip Galaxy Light disyaki memplagiat banyak penampilan model keluaran Changan Automobile.

Changan Automobile juga turut meminta Geely menghentikan tindakan tersebut dan berhak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Geely menerusi satu kenyataan balas ringkas, mengatakan bahawa kandungan surat peguam itu adalah tidak tepat dan “tuduhan terhadap syarikat mereka adalah tidak berasas serta mengelirukan orang ramai.”

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Faktor Chen Zhengcheng

Besar kemungkinan, antara punca kemelut antara dua pengeluar kereta China ini tidak lain tidak bukan adalah individu bernama Chen Zhengcheng.

Beliau merupakan naib presiden reka bentuk di Geely Automobile, dan pernah berkhidmat selama hampir 20 tahun di Changan Automobile sebelum menyertai Geely pada Mac 2022.

Semasa di Changan, beliau bertanggungjawab untuk mereka bentuk beberapa model pengeluaran termasuk Changan Eado, Raeton dan siri UNI.

Ini bukanlah sesuatu yang pelik atau luar biasa kerana syarikat pengeluar sanggup membelanjakan banyak wang bagi memastikan reka bentuk kereta mereka lebih menonjol.

Geely sebelum ini telah menggunakan khidmat mantan ketua pereka Bentley, Stefan Sielaff dan mantan pereka Volvo, Peter Horbury yang kini ‘naik pangkat’ sebagai naib presiden kanan reka bentuk Geely.

Antara contoh lain termasuklah Great Wall Motor (GWM), yang membawa masuk pereka terkenal Pierre Leclerc dari BMW untuk mengetuai reka bentuk jenama WEY atau Chery yang membawa mantan pereka Porsche, Hakan Saracoglu yang pernah bersama gergasi automotif Jerman itu sejak 1998.

Walau bagaimanapun, kontroversi boleh timbul apabila hasil karya pereka dituduh memplagiat atau meniru oleh bekas majikan mereka. Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply