ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM tambah 2 tahun penyelenggaraan percuma bagi model Arteon R-Line, Tiguan Allspace R-Line atau Elegance

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan penambahan penyelenggaraan percuma selama dua tahun lagi untuk model Arteon R-Line, Tiguan Allspace R-Line atau Elegance.

Ini bermakna pembeli model-model berkenaan akan menikmati penyelenggaraan percuma selama 5 tahun (atau perbatuan sejauh 75,000km, yang mana tiba dahulu), di samping jaminan pengeluar dan bantuan pinggir jalan selama 5 tahun.

Tawaran ini memberikan penjimatan sehingga RM9,600 kepada pelanggan. Arteon R-Line tampil dengan gaya reka bentuk sebuah fastback dengan wajah yang garang, dilengkapi dengan lampu utama dan lampu belakang LED yang sporty.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ia dikuasakan oleh enjin 2.0L turbo yang dipadankan dengan transmisi tujuh kelajuan DSG. Rangkaian kuasa ini menghasilkan kuasa sehingga 280PS dan 350Nm daya kilas. Arteon R-Line mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 5.6 saat.

Model ini turut dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda 4MOTION dan menawarkan penjimatan bahan api sekitar 7.4l/100km. SUV tujuh tempat duduk, Tiguan Allspace pula ditawarkan dengan dua pilihan varian.

Varian R-Line dilengkapi enjin 2.0 liter turbo yang menghamburkan 220PS dan 350Nm daya kilas. Varian ini juga dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda 4MOTION.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Satu lagi varian, iaitu Elegance dikuasakan oleh enjin 1.4 liter turbo yang mampu menjana 150PS dan 250Nm daya kilas. Seperti varian R-Line, ia juga dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda 4MOTION.

Ruang kabin Tiguan dilengkapi dengan Digital Cockpit dan system inforia Discover Pro bersaiz 9.2-inci bersama App-Connect nirwayar. Ruang bagasinya mampu memuatkan sehingga 1,775 liter apabila kerusi baris ketiga dilipat sepenuhnya.

Arteon R-Line 4MOTION ditawarkan pada harga RM276,990 sementara Tiguan R-Line 4MOTION dijual pada harga RM235,990 manakala Tiguan Allspace Elegance pula dimiliki pada harga RM188,990.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply