ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan mansuh ujian teori Lesen Vokasional untuk PSV dan GDL

Berita Tempatan

Views

Kerajaan memansuhkan ujian teori bagi pengambilan Lesen Vokasional untuk kenderaan awam (PSV) dan kenderaan barangan (GDL) berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata biarpun ujian itu dimansuhkan, pemohon masih perlu menghadiri dan melengkapkan kelas teori sedia ada sebelum lesen terbabit dikeluarkan.

Jelas beliau, ini adalah sebahagian daripada penambahbaikan prosedur Lesen Vokasional terdiri daripada kategori PSV dan GDL untuk memudahkan pemohon.

Namun calon bagi kategori lesen PSV untuk bas dan GDL untuk lori bersendi, masih wajib melalui latihan dan lulus ujian amali sebelum mendapat lesen vokasional.

Loke berkata, penambahbaikan lain yang dilaksanakan ialah kelas teori bagi semua kategori lesen vokasional, dibenarkan secara dalam talian sama ada menerusi platform disediakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), institut memandu (IM) atau syarikat perniagaan pengantaraan yang berkelayakan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Katanya, tempoh kelas teori sedia ada turut dikekalkan. Mana-mana IM atau syarikat perniagaan pengantaraan, hendaklah menggunakan modul atau silibus pengajaran kelas teori lesen vokasional dalam talian yang ditetapkan JPJ sepenuhnya.

Pihak JPJ akan menetapkan syarat dan peraturan berkaitan kelayakan penyediaan platform dalam talian dan mengawal selia kelas teori bagi memastikan kesahihan dan integriti calon.

Beliau berkata, data dan maklumat kehadiran calon akan diintegrasikan dengan sistem MySIKAP bagi membolehkan lesen vokasional dikeluarkan secara terus kepada calon tanpa memerlukan kehadiran fizikal ke kaunter JPJ.

Silibus kelas teori bagi semua kategori lesen vokasional terutama membabitkan perkhidmatan e-hailing dan teksi akan disemak semula serta ditambah baik oleh JPJ serta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan mendapatkan input daripada pihak industri supaya relevan dengan keperluan semasa.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Justeru, penambahbaikan silibus ini akan dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan.

Dalam perkembangan berasingan, susulan pengumuman had usia kenderaan bagi teksi dan e-hailing dinaikkan kepada 15 tahun berbanding 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari lalu, Loke berkata mana-mana kenderaan yang hendak dilesenkan bagi tujuan terbabit, boleh berbuat demikian sekurang-kurangnya setahun sebelum had usia maksimum.

Katanya, kerajaan juga membenarkan kenderaan yang sudah mencapai had usia 10 tahun sebelum ini dan belum mencapai usia 15 tahun, untuk kembali beroperasi.

Beliau ingin menekankan bahawa penggunaan teksi dan e-hailing sentiasa tertakluk kepada kelulusan pemeriksaan berkala untuk memastikan hanya kenderaan yang mematuhi syarat teknikal dan ciri keselamatan dibenarkan beroperasi di atas jalan raya.

Tambah beliau lagi, dengan pelaksanaan dasar baharu ini, saya berharap beban pemandu teksi dan e-hailing dapat diringankan khususnya mereka yang terkesan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 lalu. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ministry of Transport Malaysia

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply