ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wan Zul letak jawatan CEO? Petronas enggan ulas spekulasi

Berita Tempatan

Views

Ini mungkin berita yang agak mengejutkan. Bernama melaporkan, syarikat minyak nasional, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) enggan mengulas mengenai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin yang dikatakan meletak jawatan selepas lima tahun menerajui satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune 500.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Menjawab pertanyaan daripada Bernama, Petronas berkata pihaknya tidak mengulas mengenai khabar angin atau spekulasi, ia sejajar dengan amalannya. Menurut kenyataan tersebut, sebarang pengumuman rasmi, jika ada, akan dibuat pada masa yang sesuai.

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

Menurut sumber, Wan Zulkiflee atau peletakan jawatan Wan Zul dijangka akan diumumkan tidak lama lagi, dan kedudukannya akan digantikan oleh calon dalaman. Kontrak Wan Zul telah diperbaharui untuk tempoh tiga tahun mulai 1 April, 2018.

Ia tidak jelas mengenai alasan Wan Zul memutuskan untuk meninggalkan Petronas yang beliau telah menghabiskan seluruh kerjayanya sejak 1983.  Berita mengenai kemungkinan peletakan jawatan beliau turut dilaporkan oleh beberapa media sejak semalam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply