ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yang naik Saga merah tu memang polis, bukan penyamar

Berita Tempatan

Views

Polis hari ini menafikan dakwaan seorang pemilik akaun Twitter bahawa beliau dan tiga rakannya ditahan tiga individu yang didakwa menyamar sebagai polis, dalam kejadian di Puchong, Selasa lepas.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan dalam kenyataan berkata, sebaliknya ketiga-tiga individu itu adalah anggota polis sebenar dan sedang menjalankan tugasan pemantauan dan rondaan cegah jenayah.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Jelasnya, ketiga-tiga anggota polis itu sedang membuat pemantauan kegiatan ops pusat hiburan dan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Puchong Jaya.

Mereka memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa sebelum meminta kad pengenalan empat wanita terbabit untuk membuat semakan rekod jenayah.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Tindakan berkenaan diambil selepas mendapati empat wanita itu berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan pada 11.30 malam dan mereka kemudian dibenarkan beredar dari lokasi selepas pemeriksaan polis tidak menemui sebarang kesalahan dilakukan.

Terdahulu, pemilik akaun Twitter bernama DOLLA mendakwa beliau bersama tiga rakannya ditahan oleh tiga individu yang disyaki menyamar sebagai polis ketika sedang menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah selepas selesai latihan menari.

A Anbalagan berkata justeru itu, pemilik akaun Twitter berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan bagi menentukan sama ada terdapat kesalahan semasa menjalankan tugas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit DOLLA

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply