ARKIB

KATEGORI

Buletin

Carro catat EBITDA tertinggi melebihi AS$4 juta pada bulan Jun

Berita Tempatan

Views

Syarikat induk myTukar, Carro telah mencatatkan EBITDA tertinggi dengan nilai melebihi AS$4 juta pada bulan Jun lalu.

Carro juga berjaya melepasi sasaran keuntungan untuk S1 TK2024, meskipun suku tahun yang lebih lemah memandangkan musim perayaan Hari Raya, Lebaran dan Songkran di rantau ini.

Margin Untung Kasar S1 TK2024 Carro meningkat kepada 14 peratus, jauh lebih awal daripada Margin Untung Kasar FY2023 sebanyak 9 peratus.

EBITDA kini berada pada kadar ‘run-rate‘ tahunan melebihi AS$50 juta, lebih daripada 10 kali ganda daripada apa yang telah dicapai untuk keseluruhan FY2023.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut CEO dan pengasas bersama Carro, Aaron Tan, tumpuan kepada perkara asas dan keengganan mereka untuk turut menyertai perang subsidi telah membolehkannya untuk memberikan empat suku EBITDA yang positif.

Pelaburan daripada Jardine C&C akan membantu mereka memacu pertumbuhan pendapatan, terutamanya daripada perkhidmatan selepas jualan Perkongsian teknologi insuransnya dengan ZA Tech dan MSIG membuahkan hasil, dengan Premium Bertulis Kasar berkembang hampir 100 peratus tahun ke tahun.

Carro sebelum ini mengumumkan rancangan untuk memasuki Jepun dan pasaran lain. Dengan aliran tunai yang kuat tanpa kerugian operasi, mereka telah membuat satu keputusan strategik untuk memasuki pasaran baharu tahun ini.

Ketua Pegawai Kewangan Carro, Ernest Chew berkata, Carro telah menentang aliran industri dan menunjukkan prestasi yang baik pada suku pertama dengan metrik keuntungan meningkat secara menyeluruh.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

EBITDA suku pertama Carro sudah melebihi daripada 3 kali ganda daripada keseluruhan tahun kewangan yang lalu dan terus positif EBITDA dalam semua pasaran teras.

Perkhidmatan sampingan pula mewakili hampir 60 peratus daripada keuntungan kasarnya, jadi mereka tidak tertekan untuk menjual lebih banyak hanya untuk memenuhi sasaran keuntungan.

Perniagaan pasarannya yang menyumbang hampir 85 peratus daripada keuntungan, telah menggandakan margin keuntungan kasar dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Keuntungan kasar untuk mobiliti meningkat hampir 200 peratus dan perkhidmatan selepas jualan pula meningkat lebih 150 peratus, manakala pembiayaan dan insurans meningkat kira-kira 50 peratus setiap tahun.

Carro menjangkakan pertumbuhan pendapatan yang pesat dalam tempoh terdekat. Pihaknya adalah salah satu daripada segelintir syarikat permulaan teknologi yang menguntungkan, bukan sahaja di Asia, bahkan di peringkat global.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply