ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua daftar 82,700 unit kenderaan dari Januari hingga April 2019

Berita Tempatan

Views

Perodua mengekalkan momentum jualan mereka untuk empat bulan pertama 2019 dengan peningkatan 9.5 peratus kepada 82,700 unit dari Januari hingga akhir April 2019, berbanding dengan 75,500 unit dalam tempoh yang sama pada tahun lalu. Ini merupakan pencapaian jualan terbaik bagi empat bulan pertama dalam sejarah Perodua.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, angka jualan ini menunjukkan sokongan padu yang berterusan terhadap produk keluaran mereka. Perodua, bersama-sama dengan ekosistem automotif negara, yang kebanyakannya terdiri daripada pembekal dan pengedar sah, amat berterima kasih atas pengiktirafan ini.

Sementara Perodua menantikan angka rasmi jumlah keseluruhan industri (TIV) daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), mereka percaya pegangan pasarannya telah berjaya melebihi 43 peratus bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.

JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Sepanjang empat bulan pertama tahun ini, Perodua telah membelanjakan RM1.8 bilion untuk membeli komponen daripada pembekal automotif tempatan dan optimis dapat memenuhi komitmen pembelian RM5.4 bilion nilai komponen pada tahun ini.

Perodua akan terus berusaha untuk memenuhi komitmennya untuk membeli daripada pembekal komponen automotif domestik pada tahun-tahun yang akan datang, walaupun menghadapi keadaan pasaran yang mencabar. Mereka juga yakin akan terus berkembang pada tahun 2020 dan seterusnya memberi manfaat kepada pembekal dan pengedar tempatan.

Model Perodua, yang kesemuanya mempunyai lebih dari 90 peratus kandungan tempatan, menyaksikan angka pendaftaran yang tinggi pada bulan April dengan jualan lebih 7,700 Myvi, 5,900 Axia, 4,200 Bezza dan 1,100 Alza. Untuk model Aruz, Perodua telah mendaftarkan lebih 3,200 unit pada bulan April.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Ia juga merupakan angka pendaftaran bulanan yang tertinggi untuk model tersebut. Jumlah jualan Perodua pada April 2019 melebihi 22,100 unit – peningkatan hampir 11 peratus berbanding dengan 19,939 unit pada April 2018, menjadikannya yang terbaik dalam sejarah Perodua dari segi jualan.

Permintaan untuk model Aruz telah melebihi jangkaan dan pengeluaran telah dipercepatkan untuk memenuhi permintaan tersebut serta mengurangkan tempoh menunggu. Sejak ia dibuka untuk tempahan pada 3hb Januari lalu, hampir 20,000 tempahan telah diterima, iaitu dengan purata 170 tempahan setiap hari.

Ini sekaligus menjadikannya antara SUV paling laris di negara ini. Selain itu, lebih daripada 115,000 unit Myvi telah diserahkan kepada pelanggan, menjadikannya model terlaris Perodua sejak pelancarannya pada November 2017.

Perodua turut mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada yang beragama Islam dan akan bekerja dengan lebih keras untuk menyerahkan sebanyak mungkin kenderaan pada bulan ini kepada para pelanggan. Perodua juga amat menghargai kepercayaan rakyat Malaysia selama 26 tahun, dan akan terus berusaha memenuhi seberapa banyak kehendak dan keperluan bagi produk serta perkhidmatannya.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply