ARKIB

KATEGORI

Buletin

AEON Credit dijangka lebih waspada luluskan pinjaman

Berita Tempatan

Views

AEON Credit Service (M) Bhd dijangka akan lebih berwaspada dalam meluluskan pinjaman bagi menjamin kualiti asetnya dan mengawal peningkatan berterusan kerugian rosot nilai, demikian kata penganalisis.

Berita Harian melaporkan, RHB Research berkata, kualiti aset menjadi keutamaan penyedia kewangan pengguna itu dengan memilih untuk menolak pemohon pinjaman yang tidak memenuhi ambang pendapatan tertentu.

Firma penyelidik itu juga berkata, AEON Credit juga telah meningkatkan keperluan bayaran pendahuluan bagi melindungi pinjaman kenderaan dengan lebih baik.

Menerusi nota penyelidikan yang disediakan oleh penganalisisnya Nabil Thoo dan Fiona Leong, RHB Research melihat langkah ini sebagai melindungi syarikat daripada pembangunan kualiti aset yang buruk menuju ke depan, sementara persekitaran inflasi sebagai risiko negatif.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Mengulas lanjut, RHB Research berkata, pengurusan atasan AEON Credit juga melihat momentum dalam permintaan pembiayaan dilihat masih kukuh meskipun peningkatan tekanan inflasi.

Ia berkata, pengurusan penyedia pinjaman pengguna itu menjangkakan pertumbuhannya akan dipacu oleh segmen pembiayaan peribadi dan motor, yang mana masing-masing mewakili 26 peratus dan 36 peratus daripada jumlah portfolionya.

Dalam penyata kewangan, peningkatan dalam jualan baharu pada suku kedua tahun kewangan 2023 (Tahunan: +127.5 peratus, Sukuan: +8.4 peratus) juga harus diterjemahkan kepada pendapatan faedah yang lebih kukuh pada suku tahunan akan datang.

RHB Research berkata, pasukan pengurusan AEON Credit juga berusaha ke arah pemulihan marjin.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Ia berkata, pada suku kedua tahun kewangan 2023, marjin faedah bersih (NIM) penyedia kewangan bukan bank itu berada pada 10.62 peratus, susut tiga mata asas secara sukuan dan 19 mata asas secara tahunan, berikutan hasil aset yang lebih rendah.

Katanya, pengurusan AEON Credit berharap untuk menangani perkara itu dengan meningkatkan kadar faedah ke atas pembiayaan peribadi dan pinjaman pembiayaan objektif pada masa depan.

Sementara pinjaman lain pula, jelasnya, sudah ditetapkan pada kadar maksimum yang dibenarkan.

Pada masa sama, pinjaman kad kredit (produk menjana hasil kedua tertinggi selepas pembiayaan objektif) masih pulih ke paras pra-pandemik.

Memandangkan bilangan kad kredit dalam edaran meningkat, kita sepatutnya dapat melihat pengembangan dalam NIM.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply