ARKIB

KATEGORI

Buletin

Alza baharu terbakar, empat sekeluarga nyaris maut

Berita Tempatan

Views

Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka nyaris maut selepas kereta Perodua Alza baharu yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di susur masuk di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Khamis lalu.

Pasangan suami isteri berusia lingkungan 20-an yang kedua-duanya dipercayai Orang Kurang Upaya (OKU) bisu itu bersama anak lelaki, 2, dan perempuan berumur tiga tahun dalam perjalanan dari Alma, dekat Butterworth ke Relau.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Mereka sekeluarga sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari kereta yang dinaiki terbakar dengan berhenti di tepi jalan dan keluar dari kenderaan terbabit.

Pegawai Operasi Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Shahrul Munawer Taharem berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.24 petang Khamis memaklumkan kejadian itu.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

“Apabila pihak bomba tiba di lokasi mendapati kereta itu sedang terbakar dan api marak manakala pemandu dan tiga penumpang telah berjaya menyelamatkan diri sebelum kami tiba di situ.

“Kami menjalankan kerja pengawalan dan pemadaman, api berjaya dipadam sepenuhnya pada 2.44 petang dan kereta itu terbakar lebih 95 peratus. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – Astro AWANI

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Din Kaftac

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply