ARKIB

KATEGORI

Buletin

Inokom pasang kereta Chery di Kulim, OMODA 5 dan Tiggo 8 Pro dilancar pada Julai

Berita Tempatan

Views

Chery Malaysia memeterai perjanjian dengan Sime Darby Bhd bagi pemasangan tempatan (CKD) model OMODA 5 dan Tiggo 8 Pro di kemudahan pengeluaran Inokom Corporation Sdn Bhd di Kulim, Kedah.

Pengarah Negara Chery Malaysia, Leo Chen, berkata dengan pengalaman hampir tiga dekad dalam memasang kenderaan keluaran pelbagai jenama terkenal dunia, Inokom adalah rakan niaga yang sesuai bagi Chery dalam misinya untuk bertapak semula di Malaysia dan menawarkan kenderaan berteknologi tinggi, berkualiti tinggi dan bergaya kepada pengguna Malaysia.

Katanya, pengeluaran model Chery dijadualkan bermula pada bulan depan dengan kapasiti permulaan 20,000 unit setahun, menjelang pelancaran serentak OMODA 5 dan Tiggo 8 Pro yang bakal diadakan pada Julai ini.

Tambah beliau, pihanya sedang mempercepatkan strategi lokalisasi dalam segala aspek, termasuk mencari bakat Malaysia dalam bidang seperti produk, jualan, perkhidmatan selepas jualan, penjenamaan dan pemasaran.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Chen berkata, selain pemasangan tempatan modelnya, Chery juga menyasarkan mewujudkan lebih 30 pengedar jenamanya serentak dengan pelancaran OMODA 5 dan Tiggo 8 Pro.

OMODA 5 telah menarik perhatian ramai rakyat Malaysia kerana bahasa reka bentuk ‘Art in Motion‘ yang futuristik dan teknologi pintarnya, termasuk Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) dan skrin berkembar yang luas.

Menurut Sime Darby, kilang pengeluaran di Kulim akan diperbesarkan untuk memenuhi CKD Chery di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, portfolio pemasangan menjadi elemen utama dalam strategi pertumbuhan kepada Sime Darby Motors dan kerjasama dengan Chery bakal menyokong perkembangan ini.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Chery Malaysia adalah anak syarikat tempatan milik penuh Wuhu Purui Automobile Investment Co Ltd yang dimiliki oleh Chery Automobile,

Syarikat terbabit akan memperoleh permit import (AP) pemegang francais untuk melaksanakan pemasangan tempatan kenderaan Chery di Malaysia bagi pasaran domestik dan import.

Oktober lalu, Chery International, pengeluar kereta jenama Chery dan OMODA dari China mengumumkan rancangannya untuk kembali ke pasaran Malaysia tahun ini dengan pengurusan serta operasi lebih tersusun bagi memastikan bakal pelanggan baharu dan sedia ada terus menikmati perkhidmatan dan rangkaian produk terbaik.

Tiggo 8 Pro pula disasarkan kepada usahawan dan profesional melalui gabungan teknologi, sentuhan premium serta versatiliti tujuh tempat duduk. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Chery Malaysia

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply