ARKIB

KATEGORI

Tular

Tular video lelaki pukul wanita dengan topi keledar, polis belum terima laporan

Tular

Views

Polis belum menerima sebarang laporan berkaitan video tular seorang lelaki memukul wanita yang dipercayai berlaku di Paloh 2, di Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan dibuat berhubung insiden itu.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada Khamis lalu di Jalan Kota Bharu ke Gua Musang dekat Paloh 2. Namun, tidak dapat dipastikan masa dan tarikh kejadian.

Oleh itu, semua Ketua Polis Balai diarah untuk mengesan suspek berdasarkan individu dan tempat kejadian berlaku.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 1 minit 47 saat di media sosial sejak Khamis lalu menunjukkan lelaki tidak dapat mengawal kemarahan dengan menampar muka, menolak sebelum memukul kepala seorang wanita menggunakan topi keledar.

Wanita berkenaan dilihat hanya menahan kesakitan serta tidak melawan. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply