ARKIB

KATEGORI

Buletin

APAD batal lesen pengendali syarikat lori sebabkan kematian 6 beranak di Segamat

Berita Tempatan

Views

Lesen pengendali syarikat lori yang menjadi punca kemalangan meragut nyawa enam beranak di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat, 1 September lalu dibatalkan serta-merta.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan Lesen Pengendali Syarikat Sepadu Ikhlas Sdn Bhd. susulan siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mematuhi keperluan syarat berkanun lesen yang telah ditetapkan.

Pembatalan lesen berkenaan atas kesalahan gagal mematuhi syarat berkanun lesen Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan pemanduan secara berbahaya.

Kedua, syarikat itu gagal mematuhi syarat lesen keperluan keselamatan seperti mana senarai di bawah pemeriksaan dan audit keselamatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

APAD berkata, hasil siasatan turut mendapati, ketika kemalangan berlaku, lesen kenderaan bermotor (LKM) bagi kenderaan lori sudah tamat tempoh.

Mengulas lanjut, APAD berkata, pihaknya turut mendapati syarikat berkenaan juga mempunyai rekod saman lampau yang tinggi.

Tambah APAD, selepas pembatalan tersebut, sebarang transaksi berhubung Lesen Pengendali bagi syarikat berkenaan tidak dibenarkan.

Kementerian Pengangkutan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya yang membabitkan kemalangan dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

APAD turut mengingatkan mana-mana pengendali berlesen untuk memantau prestasi pemandu kenderaan masing-masing dan memastikan aspek keselamatan dan kebajikan pemandu terjaga setiap masa.

Dalam kejadian pada pukul 6.37 petang, 1 September lalu, enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan itu ialah pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43.

Selain itu, empat anak pasangan itu, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, turut terkorban.

Kemalangan berlaku setelah kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori.

Selain lori dan Perodua Alza, tiga kenderaan lain turut terlibat dalam nahas itu, iaitu sebuah Honda HR-V, sebuah Proton Wira dan sebuah Perodua Bezza. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Syamsyul Bin Aziz

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply