ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bagaimana nak memohon lesen PSV? Maxim sedia membantu anda!

Berita Tempatan

Views

Public Service Vehicle (PSV) ialah lesen memandu vokasional yang membolehkan pemegang lesen tersebut memandu apa jua jenis kenderaan sambil membawa penumpang berbayar.

Pemandu rakan kongsi e-hailing dikehendaki mendapatkan lesen PSV sebelum memulakan perjalanan sebagai pemandu e-hailing dan ini merupakan lesen vokasional wajib yang perlu ada.

Terdapat potensi pemandu e-hailing yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan lesen PSV. Rakan-pemandu yang berpotensi boleh mengunjungi mana-mana sekolah memandu terdekat untuk mendapatkannya.

Maxim E-hailing bekerjasama dengan beberapa sekolah memandu di seluruh Malaysia bagi membantu bakal rakan-kongsi pemandu untuk mendapatkan akses secara langsung kepada slot untuk pembuatan lesen.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Berikut adalah senarai sekolah memandu yang menyediakan kelas untuk lesen PSV:

LokasiSekolah MemanduAlamat
Sungai PetaniJ.V Cergas Sdn Bhd, Institut Latihan Memandu AdilcapSg.Layar. Jln Lencongan Barat

,08000 Sungai Petani, Kedah

GeorgetownCemerlang Sdn BhdPersiaran Sungai Dua, Sungai Dua 11700 Penang
SerembanCott Driving Academy, RDS Driving Academy Sdn. Bhd.Lot 3439 Jalan Kayu Ara, Mambau Mukim, N179, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Kuala LumpurNation Drive Wilayah Sdn BhdLot 448, 449, Jalan Segambut, Segambut Bahagia, 52100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Johor BahruPusat Latihan Memandu Berjaya BerhadTaman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor
MelakaMalacca Safety Driving Centre Sdn BhdKompleks Latihan Memandu, 9378, Jalan Bukit Katil, 75450 Bukit Katil, Malacca
Kuala TerengganuPSM Academy (M) Berhad.13332, Jalan Tengku Omar, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Kota BharuAkademi Memandu Berhemat Kotaraya Sdn. Bhd. Pt 4337 Sek 44, Jalan Padang Tembak, Panchor, 16100 Kota Bharu
KuantanAkademi Memandu Kuantan Berhad

Pusat Latihan Memandu Cermat Pahang Timur Sdn Bhd

East Coast Driving Academy Sdn Bhd

Batu 6, Jalan Gambang, Kuantan

Kampung Baharu Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Kampung Darat Sekolah, 25300 Kuantan, Pahang

MiriInstitut Memandu City Miri Sdn BhdKuala Baram By Pass Road, 98000 Miri, Sarawak
SibuAkademi Memandu Suria, Institut Memandu Ngu Chung Beng & Sons Sdn. Bhd.Lot 4634, Jalan Miri By-Pass, Q290, 98000 Miri, Sarawak
TawauInstitut Memandu Dayacara, Institut Memandu Cemerlang, Institut Memandu TawauTB15678 Jalan Damai, P/S 61532, 91025 Tawau, Sabah
LabuanAkademi Memandu Labuan87000, Labuan
Lahad DatuIMM Driving Institute91100, Lahad Datu
SandakanBorneo Driving Academy Sdn.Bhd

Gabungan Pemanduan Berhemat Sandakan Sdn. Bhd.

Kampung Jawa, Batu 12, 90000 Sandakan, Sabah

Batu 7, Kampung Sungai Kayu, Jalan Airport, 90000 Sandakan, Sabah

Kota KinabaluKhidmat Memandu Kinabalu Sdn. Bhd. (KMK)Jalan Datuk, Kampung Mahandoi, 89500 Penampang, Sabah
KeningauKeningau institute Driving Academy (IDA)89000 Keningau

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Terdapat satu hari kelas yang perlu dihadiri, dan institusi memandu akan membentangkan beberapa topik yang berkaitan dengan pelanggan, kewangan, garis panduan dan undang-undang.

Tujuan utama kelas adalah untuk memastikan pemandu memahami tentang industri yang bakal disertai. Bukan itu sahaja, pemeriksaan kesihatan juga diwajibkan kepada bakal pemandu yang ingin memohon lesen PSV.

Selain itu, terdapat dokumentasi dan pemeriksaan kesihatan yang diperlukan untuk pendaftaran lesen.

Berikut adalah senarai dokumentasi yang diperlukan:

  • MyKad/pasport asal pemohon atau salinan jika transaksi dilakukan oleh wakil
  • Lesen Memandu Kompeten Asal (CDL) mestilah sah lebih daripada satu (1) tahun
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • 1 gambar berwarna (latar belakang putih) dengan dimensi 25 mm x 32 mm
  • JPJL8A Form
  • JPJL12 Form
  • JPJL2C Certificate

Bagi menunjukkan sokongan kepada pemandu rakan kongsi, Maxim E-hailing akan membayar balik kos lesen PSV untuk bakal pemandu Rakan Kongsi yang sanggup bekerja dengan mereka.

Pemandu rakan kongsi, dikehendaki membawa resit ke pejabat Maxim E-hailing berhampiran dan kakitangan sokongan akan membimbing pemandu Rakan Kongsi untuk menuntut kos lesen PSV.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply