ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Bakal diganti dengan pasukan dari Indonesia? Bos OneXOX TKKR tampil beri penjelasan

Sukan Permotoran

Views

Ketiadaan OneXOX TKKR dalam ujian musim sejuk di Jerez, Sepanyol, mengundangkan spekulasi mengenai kedudukan mereka dalam Moto2 bagi musim depan. Menurut portal Stadium Astro, desas-desus itu diperkuatkan lagi dengan berita pasukan baharu dari Indonesia, Mandalika Racing Team, yang dikatakan sudah mengambil alih saham pasukan Sepanyol, Stop and Go (SAG).

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Tampil menjelaskan perkara tersebut pemilik pasukan OneXOX TKKR, Bobie Farid Shamsuddin berkata, spekulasi adalah bagus untuk pasukan dn mereka tidak boleh menghalangnya. Tambah beliau, kemungkinan ia tidak berlaku ketika ini sangat tinggi tetapi dalam MotoGP, perniagaan adalah keutamaan demi kelangsungan hidup kerana mereka (SAG) ada hak untuk mencari dana bagi memastikan dapat terus bersaing dalam MotoGP.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Bobie sebaliknya mendedahkan mereka sebenarnya sudah pun mempunyai perancangan untuk mengharungi musim depan biarpun pelumba negara dalam Moto2, Kasma Daniel Kasmayudin, tidak mengambil peluang menjalani ujian musim sejuk. Ujar beliau, setakat ini tiada hubungan konkrit yang mengatakan Mandalika Racing Team akan mengambil tempat mereka (OneXOX TKKR) dalam Moto2.

Tambah beliau, jika benar Dimas Ekky Pratama akan mengambil tempat Kasma, dia sepatutnya berada di Jerez untuk sesi ujian musim sejuk ketika ini yang melibatkan pasukan dan pelumba baharu, sebab itu tidak ramai yang menyertainya. Kata beliau lagi, pihaknya sudah ada banyak data Kasma di Jerez pada tahun ini, oleh itu tiada keperluan untuk dia ke sana lagi, bukannya sebab ditukarkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Onexox TKKR SAG Team

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply