ARKIB

KATEGORI

Tular

Bakar mercun tengah jalan, polis tahan 12 lelaki termasuk warga emas

Tular

Views

Seramai 12 lelaki termasuk seorang warga emas ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian membakar mercun dan menghalang lalu lintas di persimpangan lampu isyarat di Kayu Ara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata,pihaknya mengesan video tular berdurasi 22 saat itu pada malam semalam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau berkata menerusi rakaman juga dapat dilihat beberapa buah konvoi motosikal bertindak mengiringi sebuah Toyota Vellfire yang menggantung panji berunsur gengsterisme sejurus membakar mercun.

Hasil risikan telah membawa kepada tangkapan 12 lelaki berusia 22 hingga 68 tahun di Kampung Sungai Kayu Ara pada pukul 10 malam semalam.

Turut dirampas sebuah Vellfire berwarna putih bersama alat kawalan jauh. Siasatan mendapati motif kejadian kerana berlaku kematian.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jelasnya, semakan rekod mendapati enam suspek mempunyai tujuh rekod jenayah, satu rekod dadah dan satu rekod orang yang dikehendaki.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7(A) Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966. Kesemua 12 suspek telah dibawa ke Majistret Mahkamah Klang dan dibenarkan reman.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membakar mercun sesuka hati di kawasan awam. – Utusan TV

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply