ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas elektrik percuma untuk pelancong di Bangkok

Berita Global

Views

Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) menjalankan program yang menawarkan perkhidmatan bas elektrik percuma ke pasar terapung pada hujung minggu bermula semalam, lapor laman berita Thaiger.

Pelan itu diwujudkan untuk menghubungkan laluan pengangkutan awam utama merentasi kota raya Bangkok dengan tarikan pelancong yang berdekatan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

BMA mengumumkan perkhidmatan baharu mesra alam itu yang akan membawa pelancong dari laluan pengangkutan awam ke beberapa tarikan yang sukar diakses.

Bas ke pasar terapung di sekitar Bangkok adalah projek perintis untuk perkhidmatan yang dijangka berkembang.

Ia akan beroperasi pada hujung minggu dan menghapuskan keperluan pelancong untuk berjalan kaki atau mengambil teksi ke tempat-tempat pelancongan.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Orang ramai yang berada di Bangkok boleh mula menggunakan perkhidmatan tersebut semalam dan akan berterusan pada setiap hujung minggu.

Akhbar The Nation of Thailand melaporkan bahawa bas elektrik yang serba lengkap itu mempunyai 20 tempat duduk dan beberapa ciri bermanfaat seperti pengecas telefon dan WiFi percuma.

Ia juga boleh diakses oleh orang kelainan upaya (OKU) dengan laluan untuk kerusi roda. Bas itu akan beroperasi bermula pukul 9 pagi (waktu tempatan) dan berakhir pada pukul 4.45 petang (waktu tempatan) dengan empat perjalanan setiap hari. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Electric Vehicles Thailand PLC

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply