ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bayi kembar tiga ini lahir dalam Toyota Avanza – Kesemuanya diberi nama Avanza

Info

Views

Sebenarnya kisah ini berlaku pada bulan Ogos tahun lalu di Indonesia. Sepasang suami isteri menamakan bayi perempuan kembar tiga mereka Avanza setelah ketiga-tiganya dilahirkan dalam MPV tersebut. Menurut Kompas, bapa kepada bayi tersebut Azri Prihatna dari Pulo Ampel, Banten berkata pada 27 Ogos 2018 sekitar jam 6 pagi, isterinya menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin.

Jika diikutkan, tarikh jangkaan kelahiran anak-anaknya itu sepatutnya tiga minggu lagi dan dia terus bergegas membawa isterinya ke hospital Cilegon yang jaraknya sekitar 25 kilometer dari rumah mereka. Dia membuat keputusan untuk ke hospital besar kerana telah mengetahui isterinya akan melahirkan bayi kembar dan tidak mahu mengambil sebarang risiko.



JOM BACA >> MESTI BACA : Kereta Terbang – Mitos atau realiti?

Ketika dalam perjalanan sekitar 5 kilometer, bayi pertama dilahirkan dan membuat semua menjadi panik. Situasi tersebut menyebabkan Azri terpaksa berpatah balik mencari klinik yang berhampiran namun dalam masa yang sama satu demi satu anaknya dilahirkan sendiri tanpa sebarang bantuan.

Setibanya di klinik, ibu dan bayi-bayi tersebut terus diberikan rawatan segera dan kesemuanya berada dalam keadaan sihat dan selamat. Disebabkan itulah anak-anaknya yang lahir dalam Toyota Avanza diberi nama sempena kenderaan tersebut, Nazrina Khaira Avanza, Nazrina Haura Avanza, dan Nazrina Khaula Avanza.

JOM BACA >> MESTI BACA : Kereta Terbang – Mitos atau realiti?

Apabila ditanya mengapa kesemua anaknya diberi nama Avanza, dia Azri berkata nama itu membawa maksud yang baik, iaitu maju dan meningkat. Dia berharap agar anak-anaknya itu membesar dengan sihat dan cerdas serta membawa kebaikan kepada semua.

Unik sungguh nama bayi-bayi ini kan? Cuba bayangkan mereka dilahirkan dalam kereta lain, sebagai contoh Mitsubishi Xpander, mesti kelakar kan? Hahaha…

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift sedang diuji
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply