ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kembara Malaysia-China 2019 berjaya – Ketahanan Proton X70 terbukti tanpa sebarang masalah

Berita Tempatan

Views

Jelajah Proton X70 Malaysia-China 2019 yang bermula sejak 26 Februari lalu akhirnya kembali ke tanah air.  Perjalanan yang bermula dari Pusat Kecemerlangan PROTON (COE) ini dianjurkan oleh Borneo Automobile Leisure Touring dan Kunming Scenery-Customer International Travel Co.

Sebanyak sembilan unit Proton X70 telah telah merentasi lebih 13,000km jarak perjalanan dalam tempoh 33 hari melalui empat buah negara sepanjang ekspedisi tersebut. SUV pertama Proton ini telah berjaya membuktikan ketahanannya sepanjang pengembaraan.

Ia berjaya melalui pelbagai keadaan jalan dan prestasi tanpa sebarang masalah. Kesemua unit telah melengkapkan perjalanan tanpa perlu dibaiki selain servis berkala seperti yang diperlukan. Para peserta memuji pemanduan yang lancar, prestasi memberangsangkan serta ruangan kabin yang ditambahbaik pada semua varian.

JOM BACA >> MESTI BACA : Kereta Terbang – Mitos atau realiti?

Ciri-ciri ini menjadikan perjalanan yang jauh itu lebih mudah bagi pemandu dan penumpang serta membolehkan mereka menikmati pemandangan indah di sepanjang perjalanan. Mereka yang memandu varian Premium turut memuji Sistem Bantuan Pemanduan Canggih (ADAS) dan ciri-ciri lain seperti kerusi kulit Nappa yang menambahkan keselamatan dan keselesaan.

Salah seorang peserta, Datuk Wong Kean Hwee berkata, mereka berasa kagum dengan tahap keselesaan dan penambahbaikan terbaik yang ada pada X70 dan yakin ini adalah salah satu pilihan terbaik dalam kelasnya. Lim Mee pula menambah, beliau gembira dengan prestasi model ini kerana ia tidak memberi sebarang masalah, selesa dan terbaik.

Setakat ini X70 masih belum dijual di luar Malaysia, namun bantuan teknikal telahpun diatur oleh pihak Proton di lokasi- lokasi pengedar dan pusat-pusat servis di sepanjang laluan. Di China, servis dan sokongan kenderaan disediakan oleh pengedar-pengedar Geely yang amat mahir dengan Bo Yue.

Dr Ling Tung King, pengarah acara ini berkata, melalui pengembaraan ini, mereka dapat membina hubungan yang kukuh bukan hanya dengan pemilik X70, tetapi juga dengan Proton. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Proton atas sokongan mereka dan ini menunjukkan bahawa syarikat itu benar- benar mengambil berat terhadap pelanggannya.

JOM BACA >> Terengganu batal pembelian bas dua alam – RM2.7 juta telah dibayar

Lawatan ke Pusat Pengalaman Geely di Hangzhou merupakan tarikan ketika berada di China. Di sana, para peserta telah diberi peluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rakan kongsi Proton, sejarah mereka dalam menghasilkan kenderaan dan meninjau model-model yang berpotensi untuk dibangunkan bersama model-model Proton pada masa hadapan.

Mereka juga kagum dengan cara Geely bekerjasama dengan syarikat automotif lain dan melabur dalam teknologi masa hadapan yang boleh dikongsi di Malaysia dan meletakkan Proton pada tahap yang sama dengan pesaing jenama premium yang lain.

Dr Li Chunrong berkata, walaupun Proton bangga dengan keupayaannya sendiri, mereka juga gembira dapat berkongsi lebih banyak maklumat mengenai Geely dengan para peserta. Proton mahu menghebahkan kepada rakyat Malaysia supaya mereka tahu syarikat automotif negara itu mempunyai masa hadapan yang lebih gemilang.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift sedang diuji
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply