ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beam Mobility didik pengguna e-skuter menerusi kempen ‘Drive Something New Today’

Berita Tempatan

Views

Beam Mobility baru-baru ini melancarkan kempen ‘Drive Something New Today‘ bagi mendidik para pengguna mengenai kaedah pengangkutan alternatif yang mudah dan lestari.

Kempen ini ingin mendemonstrasikan peranan penting yang dimainkan oleh perkhidmatan e-skuter kongsi miliknya dalam menangani isu perjalanan singkat yang terseling di antara penggunaan pengangkutan awam.

Jika dibandingkan dengan kereta, setiap 10km yang disusuri melalui e-skuter Beam membolehkan pengguna mengurangkan emisi CO2 sebanyak 2.65kg.

Berdasarkan kaji selidik terkini melibatkan pengguna mobiliti mikro pada bulan Mei 2022, hampir 50 peratus daripada 1,800 orang penunggang Beam berkata, akses ke atas e-skuter bagi perjalanan singkat menjadikan mereka lebih cenderung untuk menggunakan pengangkutan awam berbanding penggunaan kereta atau perkhidmatan tempahan kereta.

Dalam situasi sebenar, 77 peratus daripada penunggang yang biasa menggunakan perkhidmatan ini berkata, mereka lazimnya, atau kadang kala menggunakan e-skuter sebagai medium hubungan dari dan ke titik pengangkutan awam.

Ketua Hal Ehwal Awam di Beam Mobility Malaysia Taty Azman, berkata e-skuter Beam direka untuk memudahkan dan menggalakkan orang ramai memilih kaedah pengangkutan yang lebih lestari di kawasan pusat bandar.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Tinjauan ini memperlihatkan sikap keterbukaan penduduk kawasan bandar di Malaysia terhadap manfaat pengoperasian e-skuter kongsi di bandar masing-masing, dan hanya 9 peratus daripada 1,544 individu berkata sebaliknya.

E-skuter Beam disokong oleh sebuah casis aluminium gred pesawat yang kukuh, dan ia memuatkan rangkaian kuasa yang efisien di samping peranti komunikasi IoT gred tinggi yang berfungsi bagi tujuan keselamatan penunggang dan pengoperasian yang bertanggungjawab.

Ia turut membekalkan fungsi seperti teknologi parkir hak milik maya milik Beam yang menggalakkan amalan penggunaan dan pemulangan e-skuter yang berhemah, manakala teknologi pengehad laju (dihadkan kepada 25 km/j) bagi mencegah pengguna daripada menunggang terlalu laju termasuk semasa menuruni curam.

E-skuter Beam juga didatangkan dengan teknologi geobatas untuk memastikan penunggang berada di dalam sempadan designasi yang diluluskan oleh majlis jawatankuasa bagi penggunaan kenderaan mobiliti mikro.

Akhir sekali, kesemua e-skuter Beam juga dilengkapi dengan bateri yang mempunyai piawaian keselamatan api yang tertinggi.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Komitmen Beam ke atas keselamatan turut ditingkatkan lagi dengan program keselamatan khas yang dikenali sebagai Beam Safe Academy.

Diurus dan dikelola oleh tenaga pengajar Beam yang bertauliah, program ini mendidik para peserta mengenai tataguna e-skuter yang betul seperti kaedah memarkir dengan selamat, tabiat menunggang berhemah, dan peraturan mobiliti mikro tempatan.

Selain itu, e-skuter Beam mempunyai potensi untuk menarik kunjungan dan perhatian ke atas perniagaan tempatan, sekali gus merancakkan kegiatan ekonomi tempatan dan juga pelancongan.

Program ‘Beam Booster’ iaitu sebuah platform yang mengetengahkan perniagaan tempatan menerusi teknologi parkir hak milik maya’ Beam, menggalakkan pengguna untuk membuat hentian atau menamatkan perjalanan mereka di hadapan rakan niaganya.

Selain menaik taraf ketersambungan pengangkutan awam dan menarik pengunjung ke perniagaan tempatan, Beam turut membekalkan peluang pekerjaan dalam ekonomi sambilan, sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Sebagai rakan e-Rezeki MDEC, Beam telah menggajikan lebih daripada 250 pekerja sambilan di Malaysia sebagai ‘Beam Rangers’ yang menjalankan kerja-kerja penyenggaraan bagi memastikan setiap e-skuternya berada dalam kondisi terbaik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply