ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW 320i M Sport dan BMW 330i M Sport diperkenalkan – Edisi terhad, harga dari RM262,800

Berita Tempatan

Views

BMW Malaysia hari ini memperkenalkan BMW 320i M Sport dan BMW 330i M Sport baharu yang dipasang secara tempatan (CKD).

BMW 320i M Sport Edisi Terhad yang baharu didatangkan dengan Pakej M Sport, set roda aloi ringan M bersaiz 18-inci dengan kemasan dwitona 790 M.

Di ruangan kabin, ia dilengkapi dengan stereng sport boleh ubah dengan balutan kulit, selain siling kereta antrasit.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

BMW 330i M Sport Edisi Terhad pula akan menampilkan bumbung kaca elektrik serta sistem bunyi keliling Harman Kardon. Model ini turut dilengkapi dengan set roda aloi ringan M bersaiz 19 -inci inci dengan kemasan dwitona 791 M.

Kedua-dua varian ini ditawarkan dengan empat pilihan warna luaran iaitu Alpine White, Black Sapphire, Mineral Grey dan M Portimao Blue. Upholsteri ruang dalamannya pula dihiasi dengan kemasan kulit Vernasca dengan rona hitam yang eksklusif.

Menerusi ‘Easy Drive Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, kedua-dua model ini boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,663.00 dan RM3,237.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun).

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Pemilik kedua-dua model ini juga boleh menikmati Pengalaman Pemilikan Premium dari BMW Group Malaysia, yang merangkumi:

  • Waranti tanpa had perbatuan selama 5 tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Bantuan pinggir jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’- BMW Privileges Card
  • Servis dalam talian BMW

Harga jualan bagi jentera BMW 320i M Sport dan BMW 330i M Sport Edisi baharu, termasuk Inklusif Servis dan Pembaikan BMW serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

  • BMW 320i M Sport Baharu – RM262,800.00
  • BMW 330i M Sport Baharu – RM304,800.00

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply