ARKIB

KATEGORI

Buletin

Biar aksi ‘Superman’ di belakang kereta dan langgar lampu merah – Pemandu kereta ini disaman

Berita Tempatan

Views

Anda mesti ingat video aksi berani mati kanak-kanak ini yang tular beberapa hari yang lalu kan? Menurut laman Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), bertindak atas aduan awam, sepasukan Unit Siasatan dan Risikan (USR) JPJ Negeri Johor telah ke lokasi aduan serta rumah suspek dan mendapati kenderaan yang diadu iaitu JLE882 berada di dalam rumah tersebut.

Hasil temusiasat, didapati suspek yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) telah mengaku pada waktu kejadian bertarikh 20/07/2019 jam 3.30 petang telah memandu kenderaannya di Jalan Persiaran Scientex Pasir Gudang dengan membawa 3 orang budak (2 situasi berbeza) duduk/bergayut di bonet belakang kenderaan.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

OKS mengaku video dan gambar yang tular dimedia sosial itu adalah dirinya dan memaklumkan salah seorang dari budak tersebut merupakan anaknya dan 2 orang lagi merupakan anak jiran/kawan. Pada waktu kejadian juga OKS mengaku tidak mematuhi isyarat lampu merah di jalan tersebut.

Dimaklumkan tujuan OKS berbuat demikian kerana memenuhi permintaan anaknya yang mahu melakukan demikian. Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut, didapati kenderaan itu merupakan yang Asal/Memuaskan dan didaftarkan atas nama orang lain (beli sambung bayar).

JOM BACA >> INTIP : Lagi kelibat Saga facelift varian Premium dirakam dari jarak dekat

Saman JPJ (P)22 telah dikeluarkan atas kesalahan :-

  • Cuai semasa memandu
  • Gagal patuhi isyarat lampu merah

Selain itu pasukan PDRM dari IPD Sri Alam juga turut hadir ketika siasatan dilakukan. Menurut JPJ, kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku di dalam kalangan masyarakat. Pihak JPJ turut menasihati dan mengingatkan mana-mana pemilik/pemandu kenderaan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dan diharap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply