ARKIB

KATEGORI

Tular

Biarkan ‘anak bertenggek’ separuh badan pada tingkap kereta, bapa ditahan

Tular

Views

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan rakaman aksi berbahaya tiga kanak-kanak duduk pada tingkap sebuah kereta yang sedang bergerak di atas jalan raya yang tular di media sosial semalam.

KOSMO! ONLINE melaporkan, lelaki berusia 37 tahun yang merupakan ejen insurans itu ditahan di rumahnya di Sunway City, Tambun di Ipoh, pada pukul 9.30 malam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tiga anak suspek yang terlibat dalam aksi tular itu juga akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan.

Katanya, siasatan sedang dijalankan di mana tindakan tegas akan diambil terhadap perbuatan pemandu itu yang dilihat sebagai tidak bertanggungjawab.

Tindakan lelaki terbabit membenarkan kanak-kanak itu mengeluarkan separuh badan pada tingkap penumpang ketika kenderaan sedang bergerak merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Pihaknya sedang melengkapkan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan tuduh.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi satu minit dua saat yang menunjukkan tiga kanak-kanak berpakaian seragam sekolah mengeluarkan separuh badan di tingkap kereta jenis Mercedes-Benz ketika kenderaan itu sedang bergerak di jalan raya.

Aksi berbahaya itu mengundang kritikan warga maya yang rata-rata mengecam tindakan pemandu terbabit yang tidak menegah perbuatan kanak-kanak itu dalam keadaan kereta dipandu laju.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply