ARKIB

KATEGORI

Buletin

Boleh ‘tuntut pampasan’ kerosakan kereta akibat jalan rosak – Menteri Kerja Raya Sabah

Berita Tempatan

Views

Pengguna jalan raya boleh menuntut pampasan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) berkaitan kerosakan kenderaan disebabkan keadaan jalan raya yang kurang baik di negeri Sabah.

Bagaimanapun, Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata, tuntutan itu boleh dibuat menerusi proses di mahkamah.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

“Ini ‘case to case basis‘, boleh. Kena buat laporan dengan bukti-bukti yang mencukupi dan melalui proses di mahkamah”.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah pengguna jalan raya di negeri Sabah boleh membuat tuntutan pampasan daripada JKR jika berlaku kerosakan kenderaan disebabkan keadaan jalan raya yang rosak.

Sebelum ini, beberapa kejadian ditularkan di media sosial mengenai rungutan pengguna jalan raya berkaitan kenderaan rosak disebabkan jalan raya berlubang serta rosak di laluan tertentu di negeri tersebut.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Sementara itu, diminta mengulas perkembangan peruntukan sebanyak RM320 juta untuk menyelesaikan isu bekalan air di Sabah, Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, jawatankuasa teknikal sudah mengadakan mesyuarat bagi memperhalusi tatacara wang itu disalurkan.

“Duit belum disalurkan, ada jawatankuasa teknikal telah bermesyuarat dua kali untuk memperhalusi tatacara penyaluran dan sebagainya”, kata beliau lagi – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply