ARKIB

KATEGORI

Buletin

MAN Malaysia pamer trak spesifikasi ADR tertinggi

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini, MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) mempamerkan dua buah trak MAN TGS dengan spesifikasi ADR Kelas EX/II dan EX/III tertinggi (dengan persijilan) semasa pertemuan yang dianjurkan untuk syarikat-syarikat pengangkutan yang terlibat dalam industri petroliam dan gas, pembina badan trak, rakan niaga dan agensi kerajaan.

ADR atau “Accord Dangereux Routier” dalam bahasa Perancis yang bermaksud “Perjanjian Eropah tentang Pengangkut Barangan Bahaya melalui Jalan Raya Antarabangsa” dan merupakan piawaian yang mentadbir pengangkutan barangan bahaya melalui jalan raya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Tidak seperti kebanyakan trak ADR di pasaran Malaysia yang hanya mematuhi sehingga Kelas FL (dilengkapi untuk membawa cecair mudah terbakar), MAN Malaysia telah melengkapkan varian Trak MAN TGS ADR Euro V dengan spesifikasi standard Kelas EX/II dan EX/III.

Ini bermakna kenderaan tersebut disahkan sesuai untuk mengangkut kargo termasuk bahan letupan atau objek dengan bahan letupan. Pengarah Urusan MAN Malaysia Andrew O’Brooks berkata, varian Trak MAN TGS ADR mencerminkan komitmen pihaknya sebagai pengeluar trak yang bertanggungjawab.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Antara ciri keselamatan pasif trak MAN TGS ADR yang utama, termasuk beg udara pemandu dan tali pinggang keledar tiga titik bersepadu dengan penegang, suis pemotongan kuasa kecemasan di dalam dan di luar kabin, roda aluminium dan tiada kabel bumi disambungkan ke casis bagi mengelakkan renjatan elektrik.

Abah-abah wayar juga disarungkan dalam bahan pelindung kebakaran walaupun untuk varian Trak MAN standard. Bagi keselamatan aktif pula, antara ciri yang ditawarkan adalah sistem pengurusan brek elektronik MAN BrakeMatic® proprietari.

Trak ADR MAN TGS turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termaju atau ADAS seperti Sistem Kawalan Lorong (LGS) dengan Amaran Keluar Lorong (LDW), Kawalan Jejalah Adaptif (ACC), Program Kestabilan Elektronik (ESP) dan Bantuan Brek Kecemasan (EBA) generasi kedua.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply